Monday, January 24, 2011

Syukur Dalam Kesedihan



Ya Allah.. segala pujian kupanjatkan
HANYA PADA-MU..
Sesungguhnya
SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU.. LILLAHI TA'ALA..

Ya Allah.. segala janji-Mu itu benar Ya Allah..

Aku adalah hamba-Mu..
Terima kasih kerana perhatikan aku.. terima kasih kerana memandang aku.. terima kasih kerana sedarkan aku.. terima kasih kerana tidak membuangku jauh dari tuntunan-Mu Ya Allah...

Ya Rabb.. di kala Kau berikan ujian sukar.. aku sedih, pedih, perit..
tangisku hiba, kecewa, gundah, resah, gelisah dan meronta..

Namun, aku berpegang pada janji-Mu Ya Allah.. di setiap ujian adalah kifarah penghapus dosa.. di sebalik dugaan ada rahsia rahmat yang tersembunyi, yangmana nikmatnya akan terserlah hanya ketika berlalunya duka.. dan.. ianya untuk aku sendiri
BERFIKIR DAN MENGINSAFI DIRI!!!...

Ya Allah... Aku manusia biasa.. insan yang lemah dengan godaan nafsu yang penuh keserakahan jiwa.. aku akur itu Ya Allah...

Aku insaf.... sedangkan
NABI MUHAMMAD S.A.W yang maksum yakni kekasih-Mu yg tidak pernah sesekali mengingkari-Mu itu lagikan berhadapan dengan ujian yang MAHA BERAT.. siapalah aku manusia bongkak ini untuk tidak merasa diuji?.. siapalah aku insan hina ini untuk tidak merasa diduga, siapalah aku hamba yang lalai ini untuk hanya menerima nikmat bahagia tanpa ujian dan dugaan??..

Aku malu dengan Rasulku.. diuji ujian kecil, aku mengeluh; diduga ujian mudah, aku merintih.. sedangkan aku sendiri yang menganiaya diri dengan terlupa dan leka untuk tunduk patut pada yang termaktub dalam
Al-Quran-Mu.. berpaling daripada apa yang disebarkan dlm sunnah Rasul-ku.. lagi aku EGO inginkan BAHAGIA TANPA UJIAN!.. MANA MUNGKIN ITU!!...

Dengan yakin dan pasti, aku lalui ujian-Mu yang sebenarnya hanya sebesar zarah jika dibandingkan penderitaan kaum terdahulu itu Ya Allah.. hanya keserakahan jiwaku yang memandang ujian-Mu itu sebagai segunung batu yang menghempas di dada jiwa..

Tidak sia-sia Kau ciptakan susah, senang dan segala bentuk ujian dan dugaan, melainkan Kau tahu ianya untuk mengukuhkan iman hamba-hamba-Mu untuk lebih yakin dan percaya kepada
-Mu... ALLAHU AKHBAR...

Rahmat-Mu tidak pernah kering Ya Allah... nikmat-Mu tidak pernah hilang Ya Allah.. bahkan sentiasa berlimpah ruah.. sentiasa penuh dan melata di serata pelusuk alam segenap petala langit...
SUJUD SYUKURKU HANYA PADA-MU YA ALLAH... ASH-SYUKRULILLAH..

Di kala kau uji aku dengan kesenangan, janganlah aku takbur, sombong dan bongkak.. janganlah aku lupa diri, alpa, lalai dan leka
.. INGATKAN AKU YA ALLAH.. Tetapkan imanku.. janganlah Kau bolak-balikkan hatiku setelah kau luruskannya...

Aku redha dengan ujian-Mu dan aku teramat bersyukur dengan anugerah-Mu Ya Allah..


Segala pujian hanya pada-Mu Allah... selawat dan salam untuk Muhammad S.A.W, Rasul junjunganku... aku bangga menjadi hamba-Mu Ya Allah... aku terima dengan redha ketentuan-Mu dan aku berterima kasih sangat-sangat dengan nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku Ya Allah.. sangat-sangat aku mensyukurinya..
ALHAMDULILLAH..


HANYA REDHAMU YANG KU POHON YA RABB.... REDHAI AKU!!... Ameen.

Firman Allah:
"Hai anakku (kata Luqman)! Dirikanlah sembahyang, suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk, dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh. Janganlah engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan, dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!. Sesungguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri!!. (Al-Quran Surah Luqman 31: Ayat 17 dan 18).

.... diri... ingati ini.. sentiasa!!!.....



KU MOHON REDHANYA ILLAHI...





No comments:

Post a Comment