Monday, January 24, 2011

Syukur Dalam Kesedihan



Ya Allah.. segala pujian kupanjatkan
HANYA PADA-MU..
Sesungguhnya
SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU.. LILLAHI TA'ALA..

Ya Allah.. segala janji-Mu itu benar Ya Allah..

Aku adalah hamba-Mu..
Terima kasih kerana perhatikan aku.. terima kasih kerana memandang aku.. terima kasih kerana sedarkan aku.. terima kasih kerana tidak membuangku jauh dari tuntunan-Mu Ya Allah...

Ya Rabb.. di kala Kau berikan ujian sukar.. aku sedih, pedih, perit..
tangisku hiba, kecewa, gundah, resah, gelisah dan meronta..

Namun, aku berpegang pada janji-Mu Ya Allah.. di setiap ujian adalah kifarah penghapus dosa.. di sebalik dugaan ada rahsia rahmat yang tersembunyi, yangmana nikmatnya akan terserlah hanya ketika berlalunya duka.. dan.. ianya untuk aku sendiri
BERFIKIR DAN MENGINSAFI DIRI!!!...

Ya Allah... Aku manusia biasa.. insan yang lemah dengan godaan nafsu yang penuh keserakahan jiwa.. aku akur itu Ya Allah...

Aku insaf.... sedangkan
NABI MUHAMMAD S.A.W yang maksum yakni kekasih-Mu yg tidak pernah sesekali mengingkari-Mu itu lagikan berhadapan dengan ujian yang MAHA BERAT.. siapalah aku manusia bongkak ini untuk tidak merasa diuji?.. siapalah aku insan hina ini untuk tidak merasa diduga, siapalah aku hamba yang lalai ini untuk hanya menerima nikmat bahagia tanpa ujian dan dugaan??..

Aku malu dengan Rasulku.. diuji ujian kecil, aku mengeluh; diduga ujian mudah, aku merintih.. sedangkan aku sendiri yang menganiaya diri dengan terlupa dan leka untuk tunduk patut pada yang termaktub dalam
Al-Quran-Mu.. berpaling daripada apa yang disebarkan dlm sunnah Rasul-ku.. lagi aku EGO inginkan BAHAGIA TANPA UJIAN!.. MANA MUNGKIN ITU!!...

Dengan yakin dan pasti, aku lalui ujian-Mu yang sebenarnya hanya sebesar zarah jika dibandingkan penderitaan kaum terdahulu itu Ya Allah.. hanya keserakahan jiwaku yang memandang ujian-Mu itu sebagai segunung batu yang menghempas di dada jiwa..

Tidak sia-sia Kau ciptakan susah, senang dan segala bentuk ujian dan dugaan, melainkan Kau tahu ianya untuk mengukuhkan iman hamba-hamba-Mu untuk lebih yakin dan percaya kepada
-Mu... ALLAHU AKHBAR...

Rahmat-Mu tidak pernah kering Ya Allah... nikmat-Mu tidak pernah hilang Ya Allah.. bahkan sentiasa berlimpah ruah.. sentiasa penuh dan melata di serata pelusuk alam segenap petala langit...
SUJUD SYUKURKU HANYA PADA-MU YA ALLAH... ASH-SYUKRULILLAH..

Di kala kau uji aku dengan kesenangan, janganlah aku takbur, sombong dan bongkak.. janganlah aku lupa diri, alpa, lalai dan leka
.. INGATKAN AKU YA ALLAH.. Tetapkan imanku.. janganlah Kau bolak-balikkan hatiku setelah kau luruskannya...

Aku redha dengan ujian-Mu dan aku teramat bersyukur dengan anugerah-Mu Ya Allah..


Segala pujian hanya pada-Mu Allah... selawat dan salam untuk Muhammad S.A.W, Rasul junjunganku... aku bangga menjadi hamba-Mu Ya Allah... aku terima dengan redha ketentuan-Mu dan aku berterima kasih sangat-sangat dengan nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku Ya Allah.. sangat-sangat aku mensyukurinya..
ALHAMDULILLAH..


HANYA REDHAMU YANG KU POHON YA RABB.... REDHAI AKU!!... Ameen.

Firman Allah:
"Hai anakku (kata Luqman)! Dirikanlah sembahyang, suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk, dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh. Janganlah engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan, dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!. Sesungguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri!!. (Al-Quran Surah Luqman 31: Ayat 17 dan 18).

.... diri... ingati ini.. sentiasa!!!.....



KU MOHON REDHANYA ILLAHI...





Friday, January 21, 2011

Indahnya Zaman Kanak-Kanak



Lirik Muda - Hujan

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

mase aku kecik2..mmg mnjer..hihi


Kalau aku Tanya siapa2 pon ,aku percaya yang semua setuju yang zaman kanak-kanak adalah paling indah..
Zaman kita berbahagia dengan hati yang bersih dan comel..weee~
Zaman yang x ada masalah bagi aku
Zaman yang semuanya diaturkan untuk kita
Dari bangun tidur hingga kembali tertidur
dari breakfast hingga supper
Dari bju hingga ke stoking haha
Masa tu kite xperlu risau langsung psl diri kite,mak ayah kite jer sentiasa risaukan knakalan kite haha

mase kecik2 nkl+selekeh
Masa tu masalah kite cume :-

Alasan ape nk bg sbb xnk g sekolah agama?(sekolah ptg sbb pnt)
Ptg plak asek nk ponteng ngaji..
Knp tali kasut asek tanggal jer?
Knp byk sgt buku nk bwk g sekolah ni?
Bile nk cuti sekolahhh???

aku paling tinggi..hihi..seronok men hujan,mak kite xmrh ponnnn


Masa tu dapat main dam ular,dam merah hitam,snap,one heppy family,donkey,old maid,getah skipping police entry,kejar2,rondas,galah panjang,khemah2,nyorok2 dan men cop2 tiang pon 
dah cukup buat hati kite gembira and x sbr nk keluar tiap2 ptg..n tiap2 tahun bli buku nk suruh kawan2 buat biodata dalam buku tu.,,(aku ler tu)

Indah kan zaman tu….

Tapi skg zaman dah berubah..kite dah xboleh kembali pd zaman tuh..zaman yang paling manis bg aku krn zaman tu xpnh ade duka..manis jer sntiasa tp ade jgk kanak2 yang xpnh mlalui zaman manis tu..sedih jgk…tp setiap org de kngn nyer trsendiri..



ni le antara kwn2 sek rendh yg aku pksa sorg2 wt biodata dlm buku aku...hehe
kitowang kan time kecik comell...kann..kan....
yang paling beso tu lah taiko kot time sek rndh,asek mntk aku singgit jer....suke lipat lengan bju bjet macho haha
Ape2 pon hargailah mase yg kite ade dan manis kan sntiasa ape yg ade di sekeliling kite….=)


Suatu Hari Pada Hari Thaipusam

Hai selamat pagi to blogger ku yang berapa kerat ni,lately agak busy sikit
Terkejar kesana kesini sampai ,keluar masuk opis jumpe costumer tambah2 lagi panas terik(ish x baik kan mengeluh..huhu..)

Jujur apabila kita diberi satu tanggungjawab nak x nak kita kene galas nye dgn sebaik mungkin walaupun terasa tension dan penat.Makin besar projek yang aku dapat makin terbeban kerja aku.


Sebenarnya aku nak cite pasal semalam ape yang jadi kat aku,huhu..
Aku ni jenis yang kelam kabut(haha) dan sedang menjalankan tugas(aku x cuti pon macam korang L

Taula kan bila dah kelam kabut…sume bende nk cepat,nak start enjin kereta pon huru hara…
Bwk kete pon mcm jalan bapak aku punyer…(‘adik’ pon tkt aku bwk kereta=p)

dan…………………………………………………….nak tau?


Rupe2nyer aku  maen ‘gesel2’ dgn kereta lain….wargghhhh..tnsion!! kereta aku bercalar bilar+cat tanggal….banyak plakk tu
Tros aku jd give up….aku stop wat keje aku terus g car wash…tgk ape yang mamat Bangla+Myanmar yang cuci kereta aku ni leh wat..cuci kereta rm7+polish sket2 rm15…



Time tgh tunggu kereta dicuci,aku rase mcm nk call si dia,dan bgtau ape yg jd..tibe2  tgh ckp aku leh plak nak nangis..’sorry ye awk  x thn sgt tu yang nangis’..jujur aku mmg  gile tension..

N kereta pon siap dicuci dan polish sket2…skurang2nyer yang cat tanggal tu makin kurang bulatannnyer..tapi tetap x puas ati aku drift ke bangi cari car wash lain…lagi sekali aku cuci dan polish rm7+rm10..




Hurm hati tetap x puas jgkk..last2…..

'comel' kan kereta aku...bwh sticker tu still ade cat tanggal jgk xkan aku nk letak ank mickey mouse plak..


mmg dh dtkdirkan kereta aku utk wat display sticker comel2 jer..hurmm..

 
Bapak aku tau mesti marah punyer,sebab dia tau aku pkai kereta lasak
tapi org ckp kalo xnk kereta calar2 bek pkai kereta kebal jer hehe xpon park jer kt umah xyah kuar2 kan... 

ape leh wat,ni lah identiti kereta ku hehe...
blek keje lewat mlm dan aku pon tidoo...zzzzzzz~

Tuesday, January 18, 2011

Buat Insan Yang Diuji

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Sunday, January 16, 2011

Selamat Malam....



Assalamualaikum

Entry kali ni more on luahan perasaan aku. Huhu.. Mood x berapa nak ok ari ni..tetibe jer..sbb mood aku mudah bertukar2...,Tapi, xpelah, sementara aku ada masa utk blogging ni, aku keep writing le.
Padahal esok keje dan aku ni jenis tido cepat...kalo lmbat..lmbt sgt...

Refer kat title entry kali ni, "Hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah". Kwn2 semua setuju x perumpamaan itu? Aku setuju sebab ada rasionalnya perumpamaan itu utk dikaitkan dgn kehidupan. Yelah, sepanjang kita hidup di muka bumi ini, cuba igt kembali, adakah kehidupan kita sememangnya ceria dan gembira setiap hari tanpa pernah berduka atau berduka je setiap hari tanpa pernah gembira?? Atau sepanjang hidup kita, kita xpernah rasa susah utk apa2 perkara sekalipun? Itu adalah sekadar contoh.

Apa yg aku cuba jelaskan adalah, hidup kita ni x selalunya indah, ceria, gembira.. Hidup kita ni ibarat makanan. Utk menghasilkan makanan yg sedap, pelbagai ramuan perlu dimasukkan. Kadangkala makanan yg kita hasilkan tidak sedap, tapi setelah berulang kali kita praktis, akhirnya makanan kita menjadi sedap. Itulah kehidupan. Utk mengharungi kehidupan, pelbagai rasa kita alami, susah, perit, duka, sakit, senang, gembira, ceria, sedih dan pelbagai lagi. Semakin bertambah usia kehidupan kita, semakin matang lah diri kita. Jika kita belajar dari kesilapan.

Aku ni bukanlah seorang yg pandai berfalsafah, sekadar berkongsi pendapat aku je lah. Mungkin ada antara kita yg x bersetuju..

Mcm hari ni, aku dlm mood sedih, tapi maybe esok lusa aku akan kembali hepy. Hehe.. Tah apa2 tah aku merepek ni. Sorry la jika ada kwn2 yg kurang fhm writing aku. Biasa la bila dipengaruhi oleh emosi. Waaaahhh... 

Kepada SESIAPA saje yg ada trase kcik hati kat aku,berdendam ke,aku mntk maaf sgt2,walaupon org yang dekat dgn aku,dan SEJUJURNYA aku xleh tipu diri sendiri yang aku sangat menyayangi seorang insan yang aku kenal slame 4 tahun,jujur,bile aku dah setia kat sorang,dia jer aku syg(wpon pon belom tentu aku jodoh dgn dia,susah ek aku)wpon kemungkinan bahagia ni akan sekejap.tiada apa perlu diucap..dia salah satu dlm hatiku...

"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita dapat mengubati hati yang telah terluka"...

Takpelah, tu lah part of life yg aku perlu lalui. Sume menda di dunia ini tidak kekal. Contohnya, jasad kita ni hanya dipinjamkan oleh Allah S.W.T.. so bhgia akan dtg dan pergi bile2 mase jer..Ermp.. So, advise utk diri aku sendiri, x perlu risau dan susah hati utk segala dugaan yg melanda diri aku. Sesungguhnya segala dugaan itu adalah ujian dari Allah S.W.T.. Allah turunkan ujian utk hambaNya kerana Dia sygkan kita dan utk mengingatkan kita kepadaNya. Huhu, insaf..

Dah le melalut pulak aku. Nanti bila aku ada masa aku update lagi ok. Tima kasih kat kwn2 yg selalu spent masa baca blog aku yg serba kekurangan ni. (eh2,ada ke org baca?)
 




Melewati hari-hari yang berlalu…
Membuatkan aku tersedar dari mimpi…
Hidup ini tidak selalunya… bahagia dan gembira…
Adakalanya… Tanpa disangka…dugaan sering melanda
Dan menguji kesabaran hati seorang manusia…
Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar…
Ketabahan sering menjadi taruhan…
Kebahagian tidak selalu datang…
Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya…
Adakalanya aku seperti seekor burung…
Yang hilang arah tujuan…
Tetapi aku kembali sedar…
Yang aku perlu berani menghadapi liku-liku hidup
Dan cabaran yang mendatang…
Dan bukannya masih bermimpi…




P/S: Allah itu Maha Adil

Tengok Khurafat Macam Tak Tengok...hehe





Salam Khurafat!!!=)
semalam sempat juga layan cita nieh kat Alamanda...SERAM!!
penuh gile org nk tgk..exited sgt nk tgk khurafat...mmg sold out! Tp tpksa la tgu reservation....
haha..dpt jgk!.. cite Syamsul Yusof yang dibintangi oleh beberapa pelakon popular ini memang seram.. cerita mengenai Khurafat.. jalan cita yang mudah difahami dan juga scene yang unpredicted.. siyes!!..haha..aku jer terjerit lebih.. especially perempuan! dengar-dengar juga penonton predict scene semasa menonton, tetapi.. sebaliknya berlaku..
ada satu scene! memang menyeramkan! menjerit habis satu panggung!.. korang g la tengok.. cerita mengisarkan kehidupan seorang individu yang mengamalkan amalan kurafat..

agak agak kalau korang tengok jadik cane ek? terpelanting karang sume popcorn & pepsi kegemaran korang tak pasal pasal. BHAHAHA!

... memang terbaik la..seram gler...macam nak berlari aku kat dalam panggung tu..excited sangat nak tengok cter ni, lastly sendiri yg takot..bukan ape, cara penyampaian, sound effect, sume bagus...10 bintang aku bagi!!!! real beb !

  mber2 aku da layan dulu..dyorang cakap seram gler...dyorg suro aku pikir banyak kali nak tengok..pasal nak tgk sangat, aku pon excited...tp memang seraaammmmmmmmmmm...kalau nak tau, pegi lah tengok ! Chou!

Friday, January 14, 2011

14 January 2011


Hari ni hari jadi my dad..hehe….moga baba sentiasa menjadi ayah yang terbaik buat saya.....terima kasih ba....terima kasih sebab mandikan saya....suapkan saya makan....buatkan susu saya....pakaikan saya baju....layan semua kerenah saya yg smstinyer byk karenah pai skg hehe....time kasih banyakkkk......muahhh...sayang baba......



Doaku………….
Ya Allah… Hindarkan babaku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.
Amin Yarabbil-alamin :’)




so sempena besday my dad..kami pon plan dinner kat luar…di Red Wok Restaurant..
seksyen 7 bangi….aku ase korg wajib rase…mmg sedap dan terbek la…
dan kami ase teruja nk smbut besday my dad..hehe..tgklahhh...
ni adik bgsu aku...

mak aku salu mnjekan dia..nympah...

hehe...

actually mmg sedap lah kat sini..
steamboat...satu kepale rm30...kalo mmbazir kene caj rm10...bgus kan...
mmg knyang lah sume..aku jer dah xlarat sgt nk mkn...yang len lom bnti mkn lagi..aku dah surrender hihi..
 sesi bgmbr bermula..
 my mom
mcm kmbar kan
 mama yang posing lebih hehe
 love my familyyyyyyyyy=)
 luv my mom n dad
senyum tawar hehe..sebab knyang


time dinner mmg rmai orang+hujan lebat....last aku nk ckp..
mcm gmbr aku manje gan dad aku time kecik..miss dis moment:'(

Wednesday, January 12, 2011

Dan Bila Esok..

Ari ni trase keletihannn sgt..huhu…
Mane x nyer  smlm sgt2 penat drive kete..ke site…bkn 1 site..3 site nk pegi…
Kajang-jelok-putrajaya-sg long-
Bkn calang2 ukur..satu umah nk ukur…
Tp seronok lyn smgt costumer..baik hti plak tuh
Besarnyer umah costumer ni…skali bungalow daaa…
Mgkin costumer xsbr nk aku design umah dia…
Aku mmg rse nk dmam smlm..tp msg2 pnt sgt so aku jer yg drive kete..

Mata pon sgt2 gntok..aku still thn..
Dgn xmkn lg…aku snggah kdai bli kacang..sbb lapa sgt..ala kcg manis tu yang empat segi..
Aku xtau nk sbut nama kacang tu hihi..tu pon x abes,mcm xselere..
Asek nk mntah jer..mne xnyer prut kosong…msuk angin jer…air xminum..
6:25 ptg..aku balik umah…woohhh truk sgt ker keje aku ni smpai sgt letih smlm…
Aku tros mndi solat sume….ape lg..lnding ats katil…huh…legenyerrrrrrrrrrrrrrrrr………….tp kepale pning2..bdn pns2…tgh bring2…tibe2 dpt pglan…’anis,pick up aku..kite g ukm’……mmg letih tp aku dh jnji dgn dia…dgn syarat dia kene blikan aku panadol…tq!=)
Haaaaaa…nk jmpe siapa?sorry lah rhsia hehe…sblm  smpai ukm tu smpt lah aku ke BBB Tomyam..bli nsi goreng  ayam untuk seseorg yg tdak sht katanyer…tp bile g BBB Tomyam ni trgt seseorg huhu………………………

Aku lepak kt prking dato onn utk jmpe seseorg….
Dan si dia itu pon smpaii……..ha ah laaaaaaaaaaaa…pucat nyer muke si dia ni…dgn berken pelekat and sweather….tol2 nmpk xsihat…gym punyer psl katanyer…xpe2…si gadis dh pon blikan air mineral..panadol..n nasi goreng utk si dia…hihi…cute x…cute x….=p caringnyerrrrrrrrrrrr……….
Dah la si dia bsandar kt kete aku…lg keciann…sbb kete aku KOTOR!!...
Aku mmg dh lama xbsuhhhh…..sbb….mmg xnk basuhhhhh..hehe..xde lah…nti aku bsuhla…..kete putih leceh la..nmpk sgt kotornyer….sorry yer cik abg…

Xlama pon borak..kejap jer….gosip2…n glak ckit2 jer….si dia pon nk nek blik sbb xlarat…
Tp aku msih di ukm…mghirup udara di padang dato onn tu..mmg sejuk mlm nyer..sbb mcm nk ujan
Aku dan dia berborak2..meluahkan psaan msing2..ape yg tsmpn dn trpndam…..
aku yg sememangnyer xsht…cume bsndr di dlm kete…tp xde lah ngntok…
jam pon dah mnunjukkan pkl 11mlm…aku pon start enjin kete..dan balik…bjalan2 (sesat)hehe…dan smpai ke umah pkl 12tgh mlm…

smpai2 umah mk ayah aku x tido lg…borak2 kjap then aku pon trtido….huhu….

p/s : jaket aku….aku tuntut kt muar nti…blek muar ati2 ye sygkuh..hehe…

Sunday, January 9, 2011

Me...=)

                                                                            

Berangannnnnnnnn....................

Thursday, January 6, 2011

~Dara Dan Teruna~




Aku lihat ramai blogger yang membincangkan isu dara ni dan masing-masing mempunyai pendapat dan luahan hati masing-masing terhadap isu ini.Tidak dinafikan pada zaman moden dan serba canggih ni,pemikiran remaja dan belia adalah sangat berbeza jika ingin dibandingkan dengan remaja-remaja pada zaman-zaman mak dan ayah kita terdahulu.Jika dulu, seseorang gadis yang mampu menjaga maruahnya akan dipandang tinggi tapi sekarang siapa yang tiada dara bangga dengan keadaan dirinya itu.Namun bukan semua perempuan begitu.Aku tidak menyalahkan perempuan dalam hal ni 100%.Lelaki juga sepatutnya memainkan peranan penting dalam hal ini.Jika si lelaki mampu mengawal nafsunya maka perkara tersebut mampu dibendung.Harus diingat perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki pula mempunyai 9 akal dan 1 nafsu,Jika lelaki terbabit tidak mampu menggunakan ke-9 akalnya dan menurut nafsunya yang 1 itu, sudah jelaslah lelaki itu tidak sesuai dijadikan bakal suami.

Aku dan kawan aku selalu membincangkan isu ni.Kadang-kadang kitorang rasa pelik, mengapa mudahnya seorang perempuan itu menyerahkan mahkotanya pada seorang lelaki yang belum sahih jadi suaminya.Ada juga yang menyerahkannya walaupun tahu hubungan percintaan mereka pun tidak dipersetujui oleh keluarga namun mereka menyerahkan dara mereka bulat-bulat kepada si lelaki.Even ada sesetengah mat saleh yang masih percaya seks selepas kahwin.Adkah kita ingin menyaingi mereka?Tapi kenapa dari sudut itu?

Aku juga teringat bibit-bibit lagu zee avi yang tajuknya kantoi tu, dimana dia nyatakan kawan-kawannya pun tak suka kat mamat tu tapi dia sendiri tak tahu kenapa dia bleh lagi stay ngan mamat tu.Kenapa seorang perempuan tu mudah percaya pada pujuk rayu lelaki?Jika dia seorang lelaki yang baik dan walaupun mukanya seperti tukun pecah sekalipun, percayalah..dia tidak akan sesekali menyentuh anda secara batin jika dia benar-benar sayangkan anda.Ini kerana kita selalu dengar cerita-cerita orang yang terlanjur ni, dioarang akan katakan mereka dipaksa.Memang yang mula-mula tu adalah atas dasar suka sama suka, kemudianya suka lagi tapi kemudiannya dia akan jadi ketagih.Ini yang masuk part bahaya ni.Membuat seks sebelum kahwin memang seronok sebab kita tak fikir pun apa akibatnya akan jadi selepas itu.Sudah lepas buat barulah terfikir tentang risiko mengandunglah, jangkitan la dan macam-macam.Dan sedarlah bahawa jika anda menggunakan protection sekalipun risiko untuk semua itu tetap ada.selalunya yang cepat sedar dan insaf adalah golongan perempuan kerana golongan lelaki takkan sedar dengan cepatnya.Percayalah!Lelaki apabila dia dah dapat sekali nescaya dia ingin lagi ditambah pula dengan si perempuan yang begitu mudah menyerahkannya.Namun ada juga yang kesedaran itu timbul, tapi masih bergelumang dalam nafsu dan perkara tersebut.Apa yang menyedihkan, apabila si perempuan tidak ingin melakukannya, mulalah si lelaki itu akan membuat ugutan, dan oleh kerana si perempuan tidak mampu untuk membuat apa-apa keputusan lagi, maka berlakulah seks paksa.Kesian kan?
Kenapa nak hidup dalam ketakutan? Anda sahaja yang mempunyai jawapannya disebalik semua itu.

Aku juga tertanya-tanya, pernahkah perempuan-perempuan ini, tak kisahlah yang memang mahukannya atau dianiaya, adakah pernah terlintas di sanubari mereka yang lelaki itu akan benar-benar jadi suami mereka?Ada sesetengah couple yang percaya, lelaki itulah hidupnya dan hanya maut yang mampu memisahkan mereka namun cuba bayangkan selepas terjadinya peristiwa itu si lelaki menemui ajalnya.Bagaimana nasib perempuan itu?Pernahkah terfikir lelaki itu akan diterima oleh keluarga jika semua tu kantoi?Kahwin memanglah kahwin tapi penerimaan tu mungkin berlainan.Even jika tidak kantoi sekalipun adakah hubungan mereka tu akan bertahan?Kuasa tuhan tu malas la aku nak sebutkan tetapi kebiasaannya orang yang melakukan seks sebelum kahwin mudah mendapat penyakit walaupun tidak bertukar-tukar pasangan namun bagi yang kahwin 4 selamba jer lakukannya tanpa perlu takut.
Pernahkah juga mereka terfikir lelaki itu hanya melakukannya dengannya sahaja?Ingin aku katakan disini, lelaki kita takkan tahu sama ada dia pernah melakukan seks atau tidak.Kita cuma akan tahu( kalau la sempat perasan) semasa melakukannya.Aku pernah tanya pada seseorg yang mana sangat berbangga denga kehidupannya buat seks sebelum kahwin.Aku tanya dia, macam mana nak bezakan atau nak tahu lelaki tu pernah atau tak pernah buat seks.

Antara ciri-cirnya adalah:

1. lelaki yang berniat nak buat seks akan cuba memujuk si gadis bermati-matian.Jika sebelum ni mesej pun jarang-jarang tapi bila berkeinginan sikapnya berubah.

2.lelaki yang berniat nak buat seks akan mula berani bawa aweknya ke tempat-tempat gelap, jauh dari pandangan orang, dan ada juga yang mula berani membawa aweknya ke rumahnya atau rumah sewanya atau rumah sesapa yang dekat dengannya yang mana dia tahu tiada orang atau orang sentiasa sibuk.

3.lelaki yang berniat nak buat seks akan sentiasa membenarkan aweknya menyentuh tubuhnya dan akan mula menyentuh tubuh aweknya secara sikit-sikit,maksudnya mula-mula tak berani nak peluk-peluk lama tapi dah jadi berani peluk-peluk dan cium-cium manja

4.lelaki yang biasa buat seks akan memiliki kondom, tahu cara memakainya(kadang-kadang berlagak tak tau), dan tanpa segan silu membeli kondom di kedai-kedai 7e.

5.lelaki yang biasa buat seks tahu macam mana nak approach si gadis, macam mana nak bukak coli, panties, tahu titik-tik g-spot dan tahu posisi-posisi ingin melakukannya tanpa segan silu.Jika ianya adalah kali pertama bagi lelaki, mereka akan jadi sangat kekok, mau buka spender pun mengambil masa yang lama,ciuman yang sedikit ganas dan melakukannya dalam masa yang cepat berbanding yang biasa melakukannya.( tips ni aku dapat dari seorang yang hepy dgn "keje2" trsebut..huhu)

Ini adalah apa yang aku dapat.Mungkin ada banyak lagi caranya kat luar tu.Aku bukan apa, selalunya aku tengok perempuan yang terlibat dalam kes-kes begini adalah orang-orang baik, pelajar-pelajar
universiti, perempuan-perempuan bertudung, budak-budak kampung, dan kadang-kadang dari keluarga yang baik.Mereka ini juga mendapat didikan agama yang cukup, tapi kesudahannya semua itu tetap berlaku.Mungkin golongan ini lebih cintakan lelaki atau pakwenya berbanding tuhan even keluarganya sendiri,dan lebih percayakan lelaki dari bapaknya sendiri.Tapi bagi yang terjebak disebabkan butanya mata hati,fikirlah sejenak..adalah tidak adil kehidupan yang sepatutnya indah digelapkan sekelip mata oleh seorang lelaki yang belum diketahui statusnya akan menjadi suami anda atau milik anda dan tidak diketahui juga status kesihatan dan seks's lifenya.Lelaki memang pandai menipu.Namun aku tidak menafikan wujudnya golongan lelaki yang baik diluar sana, yang boleh menerima si gadis yang terlanjur, namun jangan digunakan kisah hitam si gadis untuk kepentingan diri, jangan dirosakkan lagi apa yang rosak dan bimbinglah si gadis.

Dan kepada gadis-gadis yang sudah terlanjur dan belum sedar serta insaf, insaflah dan taubatlah.Dan yang sudah tersedar,jika anda masih dengan orang yang merosakkan anda,berhati-hatilah..langit tak selalunya cerah,semua itu tak selalunya indah.Dan jika anda tersedar dan anda sudah tidak lagi dengan orang yang merosakkan anda, dan anda mempunyai teman baru yang baik dan sudi menerima anda,jagalah hubungan itu, dan berikan masa kepada teman baru anda kerana sesungguhnya untuk menerima semua itu bukannya mudah.Tiada lelaki dalam dunia ini ingin orang yang dicintainya disentuh oleh lelaki lain apatah lagi orang yang dicintainya itu sudah menyerahkan mahkotanya pada orang lain sebelumnya.Dan jika anda fikir teman baru anda tidak dapat menerima anda sebab anda sudah tiada dara, itu bukan persoalannya.Ia lebih kepada maruah, orang yang mampu menjaga maruah dirinya menunjukkan dia mampu menjaga dan sayang pada dirinya, dan mereka ini adalah antara golongan orang-orang yang kaya.

harus diingat,
lelaki yang betul-betul cinta dan sayangkan anda akan menjaga diri anda serta maruah anda.

namun wujud kesian juga pada lelaki yang jodohnya dengan perempuan-perempuan sebegini..macam tidak adil.Tapi mungkin ada hikmah disebalik semua itu.Nak-nak lagi hantaran sekarang mahal,dah kena robos ker tidak harganya tetap tinggi.Ye la..pihak keluarga tak tahu mengenainya cuma si gadis dan si teruna.Bagi yang masih mampu menjaga maruah anda,teruskan usaha,jangan termakan pujuk rayu lelaki yang bersifat syaitan..

JAGALAH DIRI ANDA,MARUAH ANDA,INGAT LAH MASA DEPAN ANDA DAN ORANG-ORANG YANG MENYAYANGI ANDA.

p/s : maaf sekiranya bhsa kasar dan  ada yg terasa...entri ini skadar luahan rase dan pndpt serta peringatan utk diri aku sndiri...
       yang baik dtg dr Allah dan yang buruk dtg dr diri aku sndiri...

Wednesday, January 5, 2011


Wahhh…setiap ptg hujan lebatnyer..hehe..
Hari2 sejukk jer…lebat kemain..lebat sgt hujan ni..
Ari ni aku sibuk wat drawing n quotation utk client…
Sblm nk g ukur site..aku otw ke kete putih aku yg cun tuh..
Mak aih…kete aku ker ni??kotor sgt…susah nk jge kete putih suci lg segar  ni…
Dlm hti ckp ‘lntakla’
Masuk lam kete plak..wahh bsepahnyer..ade payung..ade kotak kasut..surat khabar..tisu2 bgumpal..
Dlm hti ckp ‘lantakla’
Dan trus aku mmbawanye…’trase berat kereta ini’…dah lame kot x pam tyr..
‘3mnggu skali katenyer’..hahak
Jln dan jln…smpai ke site
Kesane sini..dan kesite juge..huhu..ukur2  then balik ke opis..



B4 balik..trase nk snggah mc d ‘pandu laju’..wekk..dah lame kot x rase..


Haha…ape lagi my fevret ‘spicy chicken mcdeluxe’ n tkr coke ke ‘mailo’
Aku mmg begitu..
Smbil drive smbil mkn fries  n nyanyi lagu maher zain sbb kt radio kuar lagu tu..huh..
Smpai2 opis…mkn smbil wat keje. Fries aku pon sejuk..
Dlm hti ckp ‘lantakla’….



Owh dah lama xusha hp blackberry aku..trus mncapainyer…aku on kan stlah bbrp hri dah x on kannnn……
Skali kuar skrin putihh jer..
Dlm hti ckp ‘lantakla’


Eh!!! Mane boleh lantak!!...xleh2!!...dah rosakkkk ker????…waaaaaaaaaaaaa….