Saturday, February 26, 2011

...Tidak Boleh Ada Dua Cinta...




Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah.Kerana cinta lahir besebab.Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya,baiknya,hensemnya dan sebaginya maka bagi mereka yang berakal akan rase lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segalanya kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa suami isteri sahabt handai dan sesiapa sahaja yang mengasihi dan mncintai kita hakikatnya itu semua datang dari Allah.Kebaikan kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita.Sehinngga Allah izinkan makhlukNYA yang lainnya cinta pada kita.Walhal Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita.Walhal Allah bila2 masa boleh menarik rasa itu dari hati orang2 tadi kalau Allah mahu..

Allah yang mnciptakan kita,kemudian diberinya kite berbagai2 nikmat sprti sihat,gmbira dan macam2 lagi.Samada kita ingat padaNYA ataupun masa kita lalai,tetap diberiNYA nikmat2 itu..Begitulah,kebaikan Allah pada kita terlalu banyak..

‘KALAU KAMU MAHU MENGHITUNG NIKMAT2  ALLAH,NESCAYA KAMU TAK TERHITUNG’

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan,menghidupkan dan memberi rezeki,suami isteri,rumah dan macam2 lagi yang dengannya kita lalui dgn aman bahagia.Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih,lupa pada yang memberi.Walhal,Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kite dengan kehendakNYA..hebat sungguh.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab,dia malu pada Allah.Malah kerana malunya itu dia tidak nmpak yang lain lebih hebat dari Allah.Cintanya tertumpu pada Allah dan penyerahan pada diri Allah sungguh2!.Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik2 dengan kekasihnya..
.
‘JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA DIA AKAN MEROBEK2 KAN NYA TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA DICANTUM CANTUMKAN OLEH NYA’

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah,pada Rasulullah barulah pada makhluk2 lain disampingNYA..Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan didunia dan juga diakhirat.Itulah dia cinta kita kepada Allah SWT yang patut kita letakkan yang..akan menghantarkan kita ke syurgaNYA...

Ada banyak persoalan melingkari kehidupan kita,baik masalh peribadi kerja atau lebih besar dari tu..kita boleh mengatasinya melalui kecerdasan akal,fizikal..namun tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah dikeheningan malam:’(.. (qiumullail)
Allah tidak pernah berjanji..bahawa...

LANGIT SELAMANYA AKAN BERWARNA BIRU,BUNGA SELAMANYA AKAN MEKAR KEPADA SATU ARAH TERTENTU,MATAHARI AKAN SELALU BERSINAR TANPA HUJAN,KESENANGAN AKAN DATANG TANPA KESEDIHAN DAN KEDAMAIAN AKAN DATANG TANPA PENDERITAAN..

Tetapi...

Allah berjanji bahawa akan ada kekuatan datang setiap hari,istirahat bagi yang bekerja,cahaya bagi yang berjalan di jalanNYA..Kebahagiaan akan datang setelah banyaknya dugaan dan rintangan,bantuanNYA akan datang secara berterusan.Dia akan terus mengasihi kita tanpa henti,cintaNYA akan kekal abadi..Mengapa pertolongan Allah??fikirlah...kerana tidak ada satu masalah pon terjadi kecuali atas izin DIA kerana semua ada dalam genggamanNYA..

Aku sabar sepanjang jalan....salam.

Friday, February 25, 2011

Benar-benar cinta~~



Cinta kepada Allah sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada Allah membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada Allah membawa kebahagiaan.

Sebaliknya, cinta kepada Allah adalah sebenar-benar cinta hakiki yan pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak. Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam kepada Allah tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.

Namun kadangkala kesedaran ini sukar diterjemah dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada Allah itu sebenarnya. Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada Allah bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan. Tetapi cinta yang indah itu kadangkala sangat menakutkan. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

Apabila anda bercinta, janganlah cinta itu melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.



"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain."


"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"

"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuhannya."

"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."

"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.


Antara bukti kecintaan kepadaNYA..

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10. Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

Beruntunglah kamu !tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita Allah memilihmu sayang Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka 
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, 
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui



jadikanlah seluruh hatimu milik Allah..jangan sesekali kita mengharap pada cinta manusia.cintailah Allah sepenuh hati..tanpa berbelah bahagi..seandainya terdetik hatimu mencintai manusia, cintailah pada yang berhak..pastikanlah cintamu itu kerana Allah..jadikah seorang yg soleh yang memelihara hati dan sentiasa mengharap redha Allah di setiap langkahnya....

Hebatkan...itulah cinta sebenar,semuanya pasal CINTA..minggu ni topik cinta je untuk aku sebab aku dalam mood sedih,termenung,suram,murung...bohonglah xsedih...aku ada perasaan..
...
...
...
...
Bersambung esok plak...tungguu...kali ni cinta yang lagi hebat..!!

Thursday, February 24, 2011

~Cinta Kerana Nafsu~


Malam yang sejuk,dingin,menyenangkan...jadi aku  coretkan sesuatu dalam diariku..semuanya kerana cinta...

Cinta,..hurmm..rasa yg ada dalam hati yang tidak boleh disukat2.Hati yang merasainya,sehingga boleh terhibur  atau terseksa kerananya.Datangnya dari dua sumber,yakni dari nafsu dan dari Allah.Cinta yang diilhamkan dari nafsu berlaku bila hati kotor,sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.Sifat2 keji seperti sombong,riak,gila puji,hasad dengki dan lain2 sifat jahat bersarang dlm hati tidak dikikis maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa sahaja yang dilakukan mengikut arahan nafsu termasuk dalam meletakkan cinta,ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki?? (x semua lelaki..)akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan  itu sudah tidak terlindung lagi pd pandangan nafsunya.Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.Begitu juga wanita,jatuh cinta sebab lelaki kaya,hensem,ada jawatan dan lain2 keistimewaan yg disayangi oleh nafsu.Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut..Jelasnya cinta yg dtg dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata2.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing2 maka berlakulah babak2 melahirkan rase cinta.Dari telefon,sms,kuar makan2,berdua2an dtman bunga,dalam keadaan saling rindu merindukan..hurmm,ketika itu xada lain dalam ingatan melainkan org yg dicintai.Sehari x jmpa atau telefon rasa berpisah setahun,sudah tidak malu pada org sekeliling,apa lagi pada Allah yang  Maha Melihat.Lagi mereka tidak ingat dan takut.Lantaran itu mereka sgup wat apa sahaja utk membuktikan kecintaan pada pasangan masing2..huhu

Hatta,yang perempuan sgup serahkan maruah diri konon untuk membuktikan yang mereka sgup serahkan apa sahaja kepada org yang mereka cintai.Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sbgai bukti cinta.Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua,lelaki serta merta hilang cintanya..
’HABIS MANIS SEPAH DIBUANG’

..kalau pada lelaki pula, 

‘ADA DUIT ABANG SAYANG XDE DUIT ABANG MELAYANG’..

 kalau pada suami pula,isteri seorang suami disayang,bila hidup bermadu kasih pada suami hilang...
Itulah falsafah cinta yang melulu...,Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan.Cinta inilah yang byk melanda org muda yang dilambung asmara.Hingga sanggup buat apa sahaja,sekalipun bunuh diri kalau kecewa dalam bercinta.Walhal sedap dan indahnya sekejap.Sakitnya lama sakit yang paling dahsyat ialah dineraka kelak.Inilah kemuncak cinta yang malang dan paling memalukan..

Cinta nafsu kalaupun boleh bersambung ke alam perkahwinan ia tetap akan menyeksa..kenapa??kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda,seksi dan manja,selagi nafsu dapat disenangkan..Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apatah lagi kalau terang2 depan mata suami kepit perempuan lain..lagilah isteri terseksa..

Begitu juga si isteri.Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakn dan menunaikan segala keinginan nafsu.Selagi suami kasih dan syg kepadanya...Andainya suami hilang kuasa,jatuh miskin,masuk penjara atau suami kahwin lagi maka serta merta hilang cinta itu pada suami.Sebaliknya berbakul2  datang rasa bercinta pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit..

Begitu mudah cinta bertukar jadi benci,akibatnya berlakulah pergaduhan,masam muka,kata mengata,ungkit mengungkit,suami tidak pedulikan isteri dan isteri tidak pula hormatkan suami.Rumahtangga panas menunggu saat untuk bercerai.Ketika itu tidak ada lagi pujuk rayu,cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tgh membara.Itulah gara2 cinta nafsu yaang awal2 sudah menyusahkan manusia didunia lagi..haih~~

Nak tau lagi pasal cinta???tgu esok malam,tapi ni bukan cinta main2...
...
...
...
TO BE CONTINUED.....

Tuesday, February 22, 2011

Disebalik Ujian Kehidupan..



Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan. Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya,dengan senyuman dan kecerian kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis.Dalam situasi anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak tenang.

Paling penting,anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan diri.Masalah akan selesai jika kita berusaha.Memang susah! memang payah! Ada tikanya perit dan mengecewakan malah melukakan.Tapi bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai ujian,anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.


Inilah panduan:

1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
....Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 216

3-Kenapa ujian seberat ini?
" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 286

4-Kenapa rasa kecewa?
" Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman,"
.....Surah Al-Imran ayat 139

5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)."
.....Surah Al-Imran ayat 200

6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka......
....Surah At-Taubah ayat 111


7-Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
.....Surah At-Taubah ayat 129

8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
.....Surah Yusuf ayat 12





Monday, February 21, 2011

Kematian Hati Muslim


Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.