Thursday, September 29, 2011

Alah Bisa Tegal Biasa

Selamat Petang :)

Perumpaan peribahasa yang secara ringkasnya ialah sesuatu yang susah yang bisa yang sukar dihadapi dapat ditangani dengan kebiasaan melakukannya.Huhu..macam aku lah kot,tahan selagi boleh tahan atau pun buat tak tau jer.

Banyak benda yang aku rasa agak susah aku xtau.banyak lagi ilmu belum dapat aku tangkap lagi neh.


Haa,menatang ni lah yang susah aku nak tangkap
 
Sape cakap aku takde kerja??kalau aku tak de kerja ada aku buat benda lain?ada aku tido?kang aku main facebook kang marah pulakk.ngantok2 pun aku tahan jer..haih..padahal aku tidur awal je kot sekarang ni.haha..

serius ni tak tipu..ni betul punya.U.Malaya punya projek..
Banyak kerja tak siap lagi,sekali datang mendadak.kadang2 tak tahan gile.drawing tak siap,3d macam haram,ulang alik site tengah2 panas.costumer lagi marah2 bagai.memang tahan jer ni,boleh jadi kelamkabut satu hari.huhu tapi jiwa kena lah kental sikit.huhu..

Meh aku cerita,

Macam ni tengah2 aku menekan2 kalkulator tu nak siapkan quotation,tiba2 bunyi macam orang nangis sebelah aku.hurm rupa2nye staf baru,tertekan katanya padahal baru masuk minggu ketiga kat sini.tapi aku tak tegur pun,aku jeling2 sikit jer,air mata dah meleleh jer sambil tunduk tengok drawing dia.biar dia relax2 n cool2.takpe2 aku paham situasi gituhh.hehe teringat macam aku mula2 masuk kerja pon gitu jugak tapi.. lepas kerja 6 bulan baru aku rasa gitu.huhu aku nak cakap, kerja macam aku ni sape jer boleh tahan lagi2 perempuan,ramai jer dah berhenti kat sini.

Tekanan kat sini memang hebat,kadang2 aku ni pelupa manjang tak pasal2 kena tengking dengan senior aku.sebab aku ulang kesalahan yang sama.bila dah cuak gigil memang down n menangis.tu je la mampu.kental tak kental sangat la.haha..

Tapi sekarang ni aku sikit2 dah mula alah bisa tegal biasa.senyum jer walaupun cuak haha.aku suka sangat sorang manager kat sini,dia sentiasa senyum dan banyak bagi nasihat,positive habis la.nampak aku jer die senyum,aku nampak die jer aku senyum sebab dia faham aku ni jenis macam mana kalau buat kerja sampai dia cakap

'Anis,cuba buat kerja cool sikit,saya nampak awak kelamkabut jer,cuba tangani masalah dengan baik ok..'

baekk bos.haha.dia seorang je yang macam tu yang lain banyak takut2kan aku tapi ok jugak tuh hahai.Memang aku dah pernah kena maki teruk.semua senarai ayat carutan dah pernah aku dengar tapi pekakkan telinga jer,yang penting say sorry dan sabar.sabar dan sabar.okeh.lama2 aku ok sekarang.Setahun kerja tak berapa pandai jadi aku dah start masuk tahun kedua kerja kat sini kene berkali2 pandai.hehe.nak jumpa abang2 aku lah malam ni.daaa...:)

Tuesday, September 27, 2011

Hari2 begini..

Selamat pagi..:)

Sejak akhir2 ni mendung je cuaca.kalau hujan tempat aku ni lebat terus,tapi pagi ni aku rasa lemau,penatnya,macam malas nak bangun tidur pagi tadi,padahal tidur awal je,balik2 site semalam,aku mandi solat terus tidur.memang selekeh habis la semalam aku,dari pagi ke LHDN hentian kajang,selesaikan pembiayaan PTPTN.nasib baik tak ramai orang.tak sempat2 aku nak breakfast.alah dah biasa tak breakfast.nasib baik cuaca ok.maksud aku mendung.best hehe.

Aku ni sebenarnya paling malas nak pergi site,tapi tu dah tanggungjawab aku,jadi aku kene pergi selesaikan apa yang belum selesai.ulang alik ke site memang memenatkan.mata aku dah ngantok2 bawak kereta.gile betul.malam baru aku sampai rumah.lembik dah.haha..

Dah memang kerja aku hari2 begini.terus terang aku lebih suka mem'buzy'kan diri.walaupun penat macam mana tapi aku lebih suka selesaikan awal2 biar senang kemudian hari.mujur ada family yang faham kalau aku balik kerja lambat.tapi aku ni kalau kerja terlalu banyak,aku boleh jadi stuck tiba2.

Hari ni 2 site aku kene pergi.huhu.sape2 boleh tak jadi driver aku? haha.eksen ah kau ni.oklah sampai sini,nak sambung sketches yang tak siap2 lagi.banyak kerja atas meja yang aku belum selesaikan lagi sebelum bos aku nampak aku online :p daaaa~

Sunday, September 25, 2011

Terasa hina diri ini..

Selamat malam,
Saat ini diri sedang menangis sendirian,menangis untuk diri sendiri,secara jujur aku kuat sangat berfikir,.sejak beberapa hari ni aku banyak bersendiri,mencari ketenangan untuk diri sendiri.
Aku yang mudah terjaga dan selalu juga mudah lena.setiap kali terlihat 5pagi yang ayah aku bangun,aku juga turut bangun.Aku meluangkan masa untuk kitab yang aku pegang selama berpuluh tahun..Sejak kecil aku membaca, namun pada waktu itu aku hanya membaca tulisan, bukan kerana kefahaman.

Semakin aku faham Al-Quran, aku mengerti, aku terasa diri aku sangat hina. Kerana, segala peristiwa manusia dan termasuk diri aku sendiri, telah di tulis dahulu dalam Al-Quran sejak beribu tahun yang lalu. Ternyata Allah itu Maha Kuasa.

Sangat hina di sini aku maksudkan betapa kerdilnya aku bila di dunia. aku bukan seorang yang baik,kata2 aku kasar,boleh jadi sangat pendiam,aku lurus dalam segala hal tapi aku mahu menjadi contoh pada orang lain, agar orang lain boleh mencontohi aku, dan akan ikut perkara kebaikkan yang aku lakukan. Tapi, setelah itu, apa yang seterusnya? Aku berjaya, orang lain pun hendak ikut berjaya, selepas itu, apa yang terjadi pada aku? Hidup selesa? Membantu orang lain pula? Kemudian, apa pula? Seperti sesuatu yang tidak puas. Benarlah, manusia takkan puas. Dan jika aku tak bendung, aku akan lebih mudah termakan pujukan syaitan. Nauzubillah.


'Hidup ini ada had, segala perkara oleh makhluk ada had, yang tiada had hanyalah Allah Yang Azali'

Kejayaan di dunia akan ada hadnya.Aku percaya dan yakin, akan ada balasan atau ganjaran dari Allah Yang Maha Adil. Kalau perkara buruk melampau batasnya, buruklah balasannya. Kalau baik melebihi hadnya, akan ada ganjaran dari-Nya.

Dan jika sampai masa nanti pun, akan ada had untuk diri aku, blog ini mungkin akan berkubur, facebook aku pun akan berkubur. Diri aku juga akan berkubur.

Saat aku dalam kesedihan,aku teringat pesanan dari seorang kawan aku yang sangat baik orangnya,walaupun besar kemungkinan dah tak berhubung selepas ini, mungkin dia ada alasan tersendiri untuk tidak berhubung dengan aku lagi.aku menerima dengan hati terbuka.tapi kau sentiasa dalam hati aku.ada satu pesanan dia yang aku catit dalam nota kecil aku.


 khatamkan membaca Al-Quran sebelum tidur.
 dapatkan syafaat nabi sebelum kamu tidur.
 dapatkan keredhaan daripada umat manusia.
 dan tunaikanlah haji sebelum kamu tidur.

Rasulullah menerangkan, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali seolah-olah kamu sudah khatam Al-Quran.
kedua, selawatlah kepada nabi dan keluarganya bagi mendapatkan syafaat daripada baginda.ketiga,beristighfarlah supaya kamu mendapat keredhaan umat manusia.dan akhir sekali, ucapkanlah tasbih,tahmid,tahlil dan takbir seolah-olah kamu sedang mengerjakan haji..
 aku juga tak kuat untuk menghadapi sesuatu perkara,tapi aku belajar untuk redha dalam segala perkara
,agar  aku boleh jadi hebat untuk akhirat.

untuk kawan aku semoga berjaya,cemerlang dan bahagia.terima kasih pernah jadi kawan aku.akan aku simpan kenangan bersama kau.sesungguhnya manis untuk diingati.

aku?biarlah aku begini,dan aku selesa begini.semoga aku tabah dalam setiap perkara yang telah aku alami sejak akhir2 ini.

Ya Allah,
Tolong lapangkan hatiku
Agar masih bisa tersenyum saat duka menghampiriku...

Selamat malam,semoga aku tidur dengan lena.dan bangun pagi untuk meneruskan tanggungjawab harian aku.


Saturday, September 24, 2011

Terasa pulakk...

Kawan-kawan memang busuk. Ada yang suka memerli, menyindir, menasihat, buat-buat baik, buat-buat caring dan mungkin juga buat-buat bodoh. Itu semua lumrah dalam berkawan-kawan. Namun, bila petik cerita pasal kawan-kawan ni. Tak semua kawan kita sekepala ye tak? Alaah, kalau kawan senegeri pun, even kawan sekolah pun, ada je yang kita rasa tak selesa. Itu belum masuk kawan bukan senegeri. Dan aku lihat masalah ketidakselesaan antara kawan-kawan ini adalah antaranya masalah BAHASA. Bila salah berbahasa, mulalah TERASA. Dah TERASA, jadilah TAK SELESA.

Jadi, untuk cerita kali ni. meh sini aku bagi contoh
"Eh, ang dah kerja? Weh, ada kosong lagi dak?", tanya kenalan aku dengan nada mahu memulakan perbualan.

"Ada la kott. Try lah tanye", aku jawab macam malas-malas. Baru balik kerja, biasalah penat. Tapi, still sengih-sengih ubi.

"Tempat kerja ang boleh buat part-time 2 hari je dak?", pertanyaan yang merumitkan di ajukan pada aku. Dalam hati aku, 'Wah, heaven nya kalau ada company bagi kerja 2 hari seminggu.'

"Hahaha.. kalau company tu bapak kau punya, bolehlah kau kerja 2 hari je. Hehe", aku gelak-gelak buat lawak. Maksud aku di situ ialah, memang takde company bagi kerja 2 hari seminggu. Tapi, aku hiasi dengan ayat lawak dalam pemahaman bahasa selatan aku.

"Oh, ye ke? Ok", muka tarik. Macam muka nak gaduh telah di lampiaskan oleh kenalan aku. Seolah tak puas hati dengan perkataan main-main bapak ni. Terus dia berlalu sambil memegang erat pinggang makwenya yang hot-hot tu.
 Berlalu aku pergi dengan persoalan. Aiseh, lupa plak orang belah utara mana nak faham bahasa gila orang selatan..

Susah jugak bila hidup berkonsep 1Malaysia ni. Ye lah, bila hidup merantau kat negeri orang. Tak terperap kat negeri sendiri. Bila kat negeri orang, nak ikut rencah negeri orang sebenarnya susah. Lagi-lagi kalau bab bahasa. aku bagi contoh mudah, kat Penang , budak-budak tak panggil gula-gula tu gula-gula. Tapi, diorang panggil cokelat. Jadi, bila ada kawan mintak cokelat kat aku, aku cakap lah takde, pastu dia boleh cakap aku tipu. Siap cakap, "Elehh, kedekut, kat dalam kocek tu apa?". bingung aku.aku  hulur gula-gula. Pastu dia cakap, "Ha, ada pun cokelat".aku bingung sebentar. Rupanya kat Penang budak-budak panggil gula-gula tu cokelat. Dan cokelat pun dipanggil cokelat. Huh? Ini kalau aku cakap jajan atau cekedis, entah diorang paham ke tidak.

Itu baru bahasa mudah. Cuba kalau gaya percakapan. Ada member aku orang PURE Melaka abes, kalau panggil member-member memang berdesing kalau orang negeri lain tak faham.

"Woi Lahanat, lama tak jumpa kau sial, apa bikin?"

Bagi aku, yang agak lama dok Johor. Ayat tu biasa je. Ayat tanya khabar. Tapi bagi member aku yang budak Kelantan dengan Kedah. Memang sah-sah member aku yang Melaka tu kena sound ;

"Anak haremm kauu, bahasa elok sikit, jangan buat ketegaq kat sini"

atau

"Mu nak kawe tumbok mu ke gapo?"

Haha. Lawak  kadang-kadang aku  tengok. So, kesimpulannya. Jangan cepat terasa sangat ok. Baik tanya dulu maksud-maksud tu kalau tak faham. Takpun, lebih berhati-hati bila berkata. Kalau, susah sangat, gunakan bahasa BAKU seperti 'yang telah guru ajarkan di sekolah'. Kalau panas baran sangat, agak-agaklah sikit. Member-member je ponn. Apa cher nak gaduh-gaduh? Haha. Chaw!

LR

Thursday, September 22, 2011

Tekad dah ker?

Salam sejahtera semua..:)

Dah tak banyak kerja dah aku sekarang ni kat office,jadi serba salah pulak kan.nak kata chat ke facebook ke twitter ker tak pun.twitter?haha aku tak main twitter..aku lebih suka blogwalking blog2 favourite aku jer.memang boring bila tak de kerja nak buat kat office.mencari kerja sendiri la nampaknya.hehe.tapi semalam ada lah jugak aku pergi site aku kat putrajaya.dalam pukul 3 macam tu..lepas discuss dengan costumer,buat site measurement.lama gila discuss dengan costumer ni.dah nak 2 jam,rumah semi D,semua benda dia nak kita propose.

abes semua tu,dalam pukul 5 petang,aku pun gerak balik,singgah office kezen aku  jap kat KDN amek barang dia dan tiba2 niat aku menyimpang ke lain,perh tak jujur.niat dihati nak balik office,niat sebenarnya nak lepak2 jap kat putrajaya tu hehe.time tu hujan renyai2 jer,memang damai la nampak putrajaya dalam keadaan mendung dan berangin.aku singgah solat jap kat masjid besi tu,ala tepi tasik tu.cantik..! ah boring dah tengok selalu.

sambil aku drive kereta tu,sambil aku menghirup udara yang segar dan sejuk,tak ramai kereta time tu :p keliling putrajaya aku round,memang habis minyak cenggini.sampai PICC tu aku teringat ada kemalangan maut kat sini kereta wira terbelah dua merempuh tiang lampu.huh.cuak jugak bila dengar.mana taknya sampai enjin die tercampak kebahu jalan,otak mangsa hancur.aduhai.tak silap apa yang aku baca dalam paper,mangsa kemalangan ni bawak terlalu laju sampai hilang kawalan.biasalah budak muda kalau bawak kereta memang tak bolah nak tahan2 lagi2 jalan clear.huhu..padahal bukan eksiden kereta dengan kereta tapi kelajuan dia dah melebihi tahap maksimum agaknya.

gulp..! abes aku ni?dah berapa kali kena marah dengan mak,dengan abang aku asek bawak laju,cakap je la sapa2 pun yang naik kereta dengan aku semua takut.kat highway lagi jangan cakap memang aku pun tak boleh tahan tengok jalan clear abes aku pecut.sampai gegar2 jugak lah kereta tu.jahanam jugak kereta aku tu.hurmm...bak kata kezen aku,aku ni bawak kereta ikut suka aku jer,dengan takde signal,suka2 nak u-turn.

hurmm...aku tak nak bawak laju2 dah,aku try bawak baik2,boleh ker??
dah sampai masa kereta untuk diservice segala..


*ingat lah orang tersayang anis~







                             

Tuesday, September 20, 2011

Sunyi dah..

Salam..
huhu.kelihatannya sejak akhir2 ni rumah aku semakin sunyi.ye lah dah kurang ahli bilangan keluarga.sejak ketiadaan adik aku yang ke unimas tu.tergambar kerinduan mak ayah aku,mana taknya yang kuat tengok tv dia.yang suka bukak radio kuat dia.aku?tak heran la plak.ye lah dah penat balik keje.kemas2 umah kejap,on9.haha.sampai tertido.abang aku?memanjang terperap kat bilik.si bongsu?merempit mana aku tak tau,asal jangan buat jahat.siaplah! hurm.. kalau adik aku terbaca blog aku ni,sini aku nak pesan...

kau belajar jauh2 kat sana ingat pesan orang2 kat sini,niat kene betul,solat jangan tinggal walau penat macam mana pun,jimat duit sikit,jangan tersongsang jauh, nak culture shock bagai,jangan ikut budak2 xsenonoh,kalau belajar buat cara belajar,pandai ke tak pandai belakang kira.asal kau berusaha bersungguh2,ni yang kau nak.so gunakan peluang dengan sebaik2nya,tak payah nak bercinta2 de kat sana,.tapi aku percaya adik aku.memang kepale otak dia belajar jer dari dulu.good! aku harap kau cemerlang kat sana macam kau cemerlang diantara kawan2 kau kat sini.okeh.

sedikit kata2 ego aku kepada dia haha menandakan aku juga sebagai kakak ada kerisauan dan harapan kepadanya.walaupun aku x berapa cemerlang tapi aku ada usaha nak kearah kecemerlangan itu.hahai.lantaklah.bye

Friday, September 16, 2011

Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada kusangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan berlian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Lirik lagu Mati Hidup Kembali oleh Butterfingers. ini antara lagu favourite aku selalu dengar. lagu ini menggambarkan semua orang punya harapan, punya impian. tak kira lah sesukar mana, pasti ada sinarnya. yang penting usaha untuk menerangkan lagi sinar harapan tersebut.ini versi jiwang2.versi perjuangan korang cari lah sendiri.ececeh~pinjam kata2 sorang brader..

Friday, September 9, 2011

BUANG ayah tepi jalan !

Salam,hari ni aku rasa moody jer macam nak marah sedih pon ada.baru jer nak keluar rumah nak  pergi kerja sempat aku jeling surat khabar metro ayah aku beli.memang panas jer bila baca.aduhaii...tergamak nya diorang ni.memang aku termenung tengok nasib orang macam ni.ah membara2 jiwa aku nehh!

hancur hati nye=(

LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.



Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.  



anak kesayangan?xkire la anak kesayangan ke ape.tapi sampai hatinya diorang wat ayah diorang macam ni.pakcik ni dah rindu!! sangat anak dia, nak sambut aidilfitri bersama2!! takde otak ke xleh fikir.bodoh sangat.pilu hati pakcik ni,apa salah pakcik ni??kenapa diorang wat macam ni kat ayah diorang??time diorang kecik2 dulu ayah diorang mesti jaga baik2,mesti sayang belai sebaik2nya,xkan 7 anak xleh jaga satu ayah??bukan mintak apa2,dia hanya nak meraikan aidilfitri bersama anak dia,dia dah rindu sangat anak dia.tak tahan aku tengok muka pakcik ni.dengan pakai baju wad lagi.sememangnya pakcik ni tak dapat tahan kegembiraannya nak sambut aidilfitri bersama anak dia,tapi apa yang jadi??hancur luluh hati dia....

apa perasaan kalo kite ni beriya2,muke dah gembira,mesti kat fikiran dah terngiang2 kegembiraan yang bakal berlaku,sanggup redah perjalanan 60 kilometer naik bot,sorang anak pon xde jemput dia,bersusah payah,dengan keadaan yang uzur semata2 nk jumpa anak dah tu boleh kebas duit ayah dia?? darah daging sendiri.tapi seorang anak dengan kejamnya senang2 buang ayah sendiri tepi jalan.Ya Allah! wajah pakcik tu jer dah nmpak sangat kekecewaannya...orang sekarang fikir ibu ayah dah tua,menyusahkan diorang!..jahatnyer! balasan Allah pasti ada.

Ya Allah mintak jauh perbuatan ni dari aku...

aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang membaca, jagalah ibubapa. Sementara mereka masih bernafas, jenguk-jenguklah mereka. Sesibuk mana pun kita, sebijak mana pun kita, sekaya mana pun kita, jika tidak kerana ibubapa kita yang memandikan, yang memberi ubat ketika sakit dan menyuap makanan ketika lapar serta mengajar ilmu ketika kita masih bodoh berhingus, sudah pasti kita ni takkan berjaya hingga hari ini.

Tangan ibu ayah, tangan ajaib. sentuhan ibu ayah, sentuhan kasih. bisa membawa ke syurga firdausi. ciumlah tangan ibu ayah, sebelum ibu ayah pergi bertemu Illahi dan takkan kembali lagi.

* termenung aku dengan situasi macam ni.ape la pkcik tu tengah fikir skang ni.aku doakan pakcik ni dapat ganjaran yang baik dari DIA.hanya DIA yang maha mengetahui.amin..

Monday, September 5, 2011

Seminggu hari raya :)

Assalamualaikum...

apa khabar semua?harap semuanya bahagia gembira di hari raya ni.begitu juga aku.huhu seminggu dah kan dan letih aku untuk hari ini tetapi puas aku berjalan raya bersama keluarga dan kawan2.hehe.puas dah bergelak tawa dengan diorang yang sememangnya suka gelak dan kecoh.ada jer nak bahan menbahan tapi sekadar gurauan yang membuatkan kami semua sangat rapat.haha.tapi paling utama sekali sudah tentu my family.hehe.memang xdapat banyak duit raya pun tapi aku yang exited nak bagi duit raya kat anak2 sedare aku yang cute2 semua.tak puas jumpe ari tu kat muar.ni pun dah rindu balik hehe.tapi apa2 pun raya kali ni sangat bermakna untuk aku.

bersama family tercinta
candid hehe
selepas solat raya
Lepas jer solat raya ramai gile yang datang rumah aku,memang hari pertama raya tu tak menang tangan dibuatnya.saudara belah ayah sampai 10 kereta yang datang.siap marhaban sekali.pengsan aku.haha
dan malam tu jugak aku balik muar.kat muar pulak semestinya aku beraya bersama kawan2 yang rapat sejak dari form 6,walaupun aku masuk form6 sekejap jer tapi apa2 cerita gembira dan sedih kami still sama2 kongsi sampai ler sekarang ni..hehe.tapi raya kat muar kali ni tak berapa plan sangat sebab masa yang begitu singkat.

heeeee~


diorang tahan gelak k.p wat suara gile haha
heeeee~
haha.memang kami suke bergambar.:p
bersama muksu tersayang
Dan Jumaat pulak aku pulang ke k.l secara tiba2 haha.fikir2 saudara dah ramai balik kat muar tu so aku pun balik je la k.l raya kat sini pulak.memang beraya dengan kawan2 sekolah rendah aku pulak haha.sampai ke
rembau kami beraya.tapi aku plan naik exora terus.so tak payah convoi banyak kereta.hehe.bestttttttttt.....

my skoolmates yang cute2 gitohh hehe
thanks to wani hidangkan kami makan tengahari :)
Cukup seminggu aku beraya dengan kawan2 dan family aku.malam tadi je memang aku dah landing lama atas katil sampai tertidur.nyenyak habiss.pennnaaattt beraya.haha.seronok tak hengat.tapi dalam seronok2 tu aku risau kat kwn aku sorang ni ada problem,lama jugak aku berborak dengan dia kat bilik aku semalam sampai nangis2 dia.adoi kawan aku ni raya2 pon nak nagis.makan hati katanya.aku still bagi nasihat dan tolong mana yang mampu.okeh! dah update blog utk raya haha.nak pergi site.malam ni nak jumpa kwn aku sorang tuhhh..daaa~