Monday, May 9, 2011

Tak semua suka kan aku~~~~

Post kali ini mungkin agak berbeza dari post2 yang sebelumnya. Semakin kita mmbesar, semakin tu kita lebih kenal dan cuba lagi untuk mengenal diri sendri. Kita juga cuba memahami sekeliling kita termasuklah keluarga, rakan2 dan situasi semasa.

Macam ibu bapa kita yang hidup lebih lama dari kita, mereka tahu apa yang baik untuk kita and apa yang tidak. Macam itu jugalah kita. Masa kecik2 dulu, kerja nak memberontak, nak melawan. Biasa la budak2. =p Tapi smpai bila? Itu terpulang kepada setiap individu. Bagaimana dia cuba mengenal diri sendri dan berinteraksi dengan persekitaran. Kita sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang sebaliknya.

aku mungkin seorang yang agak tidak kesah dengan orang lain sebelum ini. Bila mula mengenal dan berkawan dengan macam2 jenis orang. Mula2 agak susah, tetapi bila cuba menerima bahawa setiap orang mempunyai personaliti dan cara yang berbeza, aku mula merasakan the need to respect, accept and be universal.

aku lebih suka berkawan dengan semua orang, kawan rapat tu mesti lah ada. Kawan rapat ni la tempat kita meluahkan perasaan, share stories dan macam2 lagi. Tapi, berkawan dengan semua orang, lebih mematangkan diri kita sebenarnya. Kerana bagi aku, itu antara proses kita cuba mengenal personaliti yang mungkin berbeza dengan kita. Dalam dunia ni, memang mcam2 jenis ragam kita boleh jumpa!

Semua orang pun dah besar skrang ni..x best la kan mcam budak2 ni..skrang isu orang2 besar okay. hehe..

Dikesempatan ini, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua orang yang mungkin ada tak puas hati dengan aku directly or indirectly, or tak suka aku (tak kan nak expect semua orang suka kita knn..haha), kalau2 ada aku terkasar bahasa mengguris perasaan secara sengaja atau tidak, mungkin ketika itu emosi menguasai, tanpa disedari telah mnyakiti korang. aku mintak maaf seikhlasnya. kalau ada yang nak cakap privately ngn aku pun silakan. aku akhiri semuanya disini.

Kalau still ada yang x puas hati, boleh la PM aku. tapi yes, everything...for everything aku mintak maaf..dari percakapan, status FB, Ym, actions and pape lagi la. =)

Moga esok lebih baik dari hari ini buat korang dan juga diri aku sendiri. Post ni tetiba je. tapi ini ikhlas dari hati. Sebab kita pun x ingat kadang2 kalau tersilap mana2 kan. Kalau mana yang aku silap, tolong betulkan dan ajarkan..kita sama2 dalam proses belajar.

;-) hati Anis sangat ikhlas minta maaf kat koranggg…~~

No comments:

Post a Comment