Friday, September 9, 2011

BUANG ayah tepi jalan !

Salam,hari ni aku rasa moody jer macam nak marah sedih pon ada.baru jer nak keluar rumah nak  pergi kerja sempat aku jeling surat khabar metro ayah aku beli.memang panas jer bila baca.aduhaii...tergamak nya diorang ni.memang aku termenung tengok nasib orang macam ni.ah membara2 jiwa aku nehh!

hancur hati nye=(

LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.



Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.  



anak kesayangan?xkire la anak kesayangan ke ape.tapi sampai hatinya diorang wat ayah diorang macam ni.pakcik ni dah rindu!! sangat anak dia, nak sambut aidilfitri bersama2!! takde otak ke xleh fikir.bodoh sangat.pilu hati pakcik ni,apa salah pakcik ni??kenapa diorang wat macam ni kat ayah diorang??time diorang kecik2 dulu ayah diorang mesti jaga baik2,mesti sayang belai sebaik2nya,xkan 7 anak xleh jaga satu ayah??bukan mintak apa2,dia hanya nak meraikan aidilfitri bersama anak dia,dia dah rindu sangat anak dia.tak tahan aku tengok muka pakcik ni.dengan pakai baju wad lagi.sememangnya pakcik ni tak dapat tahan kegembiraannya nak sambut aidilfitri bersama anak dia,tapi apa yang jadi??hancur luluh hati dia....

apa perasaan kalo kite ni beriya2,muke dah gembira,mesti kat fikiran dah terngiang2 kegembiraan yang bakal berlaku,sanggup redah perjalanan 60 kilometer naik bot,sorang anak pon xde jemput dia,bersusah payah,dengan keadaan yang uzur semata2 nk jumpa anak dah tu boleh kebas duit ayah dia?? darah daging sendiri.tapi seorang anak dengan kejamnya senang2 buang ayah sendiri tepi jalan.Ya Allah! wajah pakcik tu jer dah nmpak sangat kekecewaannya...orang sekarang fikir ibu ayah dah tua,menyusahkan diorang!..jahatnyer! balasan Allah pasti ada.

Ya Allah mintak jauh perbuatan ni dari aku...

aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang membaca, jagalah ibubapa. Sementara mereka masih bernafas, jenguk-jenguklah mereka. Sesibuk mana pun kita, sebijak mana pun kita, sekaya mana pun kita, jika tidak kerana ibubapa kita yang memandikan, yang memberi ubat ketika sakit dan menyuap makanan ketika lapar serta mengajar ilmu ketika kita masih bodoh berhingus, sudah pasti kita ni takkan berjaya hingga hari ini.

Tangan ibu ayah, tangan ajaib. sentuhan ibu ayah, sentuhan kasih. bisa membawa ke syurga firdausi. ciumlah tangan ibu ayah, sebelum ibu ayah pergi bertemu Illahi dan takkan kembali lagi.

* termenung aku dengan situasi macam ni.ape la pkcik tu tengah fikir skang ni.aku doakan pakcik ni dapat ganjaran yang baik dari DIA.hanya DIA yang maha mengetahui.amin..

12 comments:

  1. hurmm, ayah leh jage 7 anak serentak! tapi anak??

    ReplyDelete
  2. sorang anak pon xleh jage.tp buang ayah mcm tu jer..tacing2!

    ReplyDelete
  3. titis air mata baca entry ini..tampa ibu n bapa,siapalah kita diatas dunia??

    ReplyDelete
  4. hanya doa jer kite mampu tolong.dan berdoalah kite elak dr perbuatan macam tu.dan sentiasa hargai ibubapa kite..

    ReplyDelete
  5. Memang kejam, tp kdg2 ada juga ibu dan bapa yang tak pernah bertanggungjawab sepanjang usia anak, terutama peringkat anak masih kecil.

    Bila mereka dah tua, dah tiada tempat nak dituju dan anak pun dah besar, dah berduit, baru mereka mahu mencari anak sendiri!!

    Jadi kekadang, sesuatu yang berlaku semolek2nya dikaji dulu puncanya sebegitu

    ReplyDelete
  6. pendapat awak sama macam mak saya..tapi saya ni tak boleh tengok kes2 macam ni.panas hati.setiap perkara baik dibalas baik dan setiap perkara jahat dibalas jahat.

    ReplyDelete
  7. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sejarahhitam/Article/index_html

    cuba awak bace penjelasan anak2 dia pule.mmg dah agk kdg2 bile perkare sebegini terjadi lahirnye dr sikap keburukan mak ayah,sejarah2 lepas,sama apa yang pernah terjadi dlm hidup sy..

    tetapi bagi saya,sekiranya ayahnya sudah menyesal apa salahnya memaafkan dan menjage,buruk2 ayah die tetap ayah kite.

    sebagai anak tidak boleh tidak memaafkan seorang ayah,walaupun sukar,walaupun ada sejarah hitam...tiada ayah tiada lah kite...

    hidup ada pro dan contra,ada pusingan roda yang tidak akan habis..salam

    ReplyDelete
  8. betul juga,tapi apa yang dibaca bapanya hanya nak sambut aidilfitri bersama anak,dia dah rindu anak.tak kan anak tak boleh consider??salah ker?

    haih tak boleh la saya dengar cerita2 macam ni,.hurm..dah berapa banyak rumah orang2 tua kat malaysia?.makin bertambah2.orang zaman sekarang susah sangat nak jaga mak ayah sendiri.

    pihak akhbar pun kadang2 suka putarbelit kan cerita.

    ReplyDelete
  9. eeee~teroknyer! menanges sy bace... kejam nauzubillah! x kesah lah ayah dye penah wat salah, tp dye dah tua and saket..mesti dah bertaubat & x berdaya nak wat agy! lepas raya nak wat macam nie... *bengang + sedih*

    ReplyDelete
  10. emosi benar nampak cik anis ni,hehe...orang perempuan cepat benar emosi dan emosional..relax..

    ya betul tu,tak semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak akhbar adalh mengikut jalan cerita yang benar...kita ambil iktibar ya dari kisah ini..

    ^.^ peace Miss.Anis

    ReplyDelete