Saturday, September 24, 2011

Terasa pulakk...

Kawan-kawan memang busuk. Ada yang suka memerli, menyindir, menasihat, buat-buat baik, buat-buat caring dan mungkin juga buat-buat bodoh. Itu semua lumrah dalam berkawan-kawan. Namun, bila petik cerita pasal kawan-kawan ni. Tak semua kawan kita sekepala ye tak? Alaah, kalau kawan senegeri pun, even kawan sekolah pun, ada je yang kita rasa tak selesa. Itu belum masuk kawan bukan senegeri. Dan aku lihat masalah ketidakselesaan antara kawan-kawan ini adalah antaranya masalah BAHASA. Bila salah berbahasa, mulalah TERASA. Dah TERASA, jadilah TAK SELESA.

Jadi, untuk cerita kali ni. meh sini aku bagi contoh
"Eh, ang dah kerja? Weh, ada kosong lagi dak?", tanya kenalan aku dengan nada mahu memulakan perbualan.

"Ada la kott. Try lah tanye", aku jawab macam malas-malas. Baru balik kerja, biasalah penat. Tapi, still sengih-sengih ubi.

"Tempat kerja ang boleh buat part-time 2 hari je dak?", pertanyaan yang merumitkan di ajukan pada aku. Dalam hati aku, 'Wah, heaven nya kalau ada company bagi kerja 2 hari seminggu.'

"Hahaha.. kalau company tu bapak kau punya, bolehlah kau kerja 2 hari je. Hehe", aku gelak-gelak buat lawak. Maksud aku di situ ialah, memang takde company bagi kerja 2 hari seminggu. Tapi, aku hiasi dengan ayat lawak dalam pemahaman bahasa selatan aku.

"Oh, ye ke? Ok", muka tarik. Macam muka nak gaduh telah di lampiaskan oleh kenalan aku. Seolah tak puas hati dengan perkataan main-main bapak ni. Terus dia berlalu sambil memegang erat pinggang makwenya yang hot-hot tu.
 Berlalu aku pergi dengan persoalan. Aiseh, lupa plak orang belah utara mana nak faham bahasa gila orang selatan..

Susah jugak bila hidup berkonsep 1Malaysia ni. Ye lah, bila hidup merantau kat negeri orang. Tak terperap kat negeri sendiri. Bila kat negeri orang, nak ikut rencah negeri orang sebenarnya susah. Lagi-lagi kalau bab bahasa. aku bagi contoh mudah, kat Penang , budak-budak tak panggil gula-gula tu gula-gula. Tapi, diorang panggil cokelat. Jadi, bila ada kawan mintak cokelat kat aku, aku cakap lah takde, pastu dia boleh cakap aku tipu. Siap cakap, "Elehh, kedekut, kat dalam kocek tu apa?". bingung aku.aku  hulur gula-gula. Pastu dia cakap, "Ha, ada pun cokelat".aku bingung sebentar. Rupanya kat Penang budak-budak panggil gula-gula tu cokelat. Dan cokelat pun dipanggil cokelat. Huh? Ini kalau aku cakap jajan atau cekedis, entah diorang paham ke tidak.

Itu baru bahasa mudah. Cuba kalau gaya percakapan. Ada member aku orang PURE Melaka abes, kalau panggil member-member memang berdesing kalau orang negeri lain tak faham.

"Woi Lahanat, lama tak jumpa kau sial, apa bikin?"

Bagi aku, yang agak lama dok Johor. Ayat tu biasa je. Ayat tanya khabar. Tapi bagi member aku yang budak Kelantan dengan Kedah. Memang sah-sah member aku yang Melaka tu kena sound ;

"Anak haremm kauu, bahasa elok sikit, jangan buat ketegaq kat sini"

atau

"Mu nak kawe tumbok mu ke gapo?"

Haha. Lawak  kadang-kadang aku  tengok. So, kesimpulannya. Jangan cepat terasa sangat ok. Baik tanya dulu maksud-maksud tu kalau tak faham. Takpun, lebih berhati-hati bila berkata. Kalau, susah sangat, gunakan bahasa BAKU seperti 'yang telah guru ajarkan di sekolah'. Kalau panas baran sangat, agak-agaklah sikit. Member-member je ponn. Apa cher nak gaduh-gaduh? Haha. Chaw!

LR

No comments:

Post a Comment