Friday, June 3, 2011

Sungguh! Aku rindu dia.

Semalam aku berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang aku kenal cuma sudah lama tidak berjumpa. Perwatakannya menyenangkan. Wajahnya, kacak! Hehehe.cikgu! Dia berkongsi dengan aku sebuah puisi. Jujur, aku terkejut. Rupanya dia ada bakat dalam berpuisi juga. Di bawah ini, puisi dia. Enjoy..!!

Hitam.
Sempit.
Kotak gelap?
Nafas sesak.
Aku mencari kamu.
Kamu!
Di mana?
Di sini bukan?
Kamu janji, di sisi aku sentiasa.
Tapi sekarang, mana hilang kamu?

Kamu, jangan tinggal aku.
Jangan!!!
Bukankah sifatmu itu setia?
Aku sedar sini masih hitam. Pekat.
Masih sempit.
Haruskah kau tinggalkan tempat mu di sini?

Kamu!
Aku terlihat semula segala yang manis, pahit tika kamu di sini.
Yang sepahit hempedu, kau tetap di sini.
Kamu!
Dalam gelap, aku terpandang kamu.
Dalam gelap, aku terdengar suaramu.
Dalam gelap, sakit ku rasa.
Hati tertusuk. Pedih!

Ya Allah!
Aku mohon bawakan aku siang.
Bawakan aku cahaya.
Beri aku ruang,
agar dia bisa di sini semula.
Sungguh! Aku rindu dia.

p/s : puisi diatas bukan sifat aku.tapi sungguh! Aku rindu.ye la aku rindu kan seseorang,xkisahla kalau seseorang tak rindu aku.kenapa lah sifat rindu aku bukan calang2.maaflah kalau berlebihan dan cuba untuk tidak berlebihan walaupun hati mmberontak sebab perasaan yang lain..lain sangat.tak kan aku nak cakap.sebab tu "sungguh!" haha.cukuplah lah lepaskan keluhan dan luahan disini yang tiada siapa akan perasan dan baca.memang disini tempat aku lepaskan apa yang aku rasa tapi bukan semuanya.bukan.aku juga perlu menjaga hati semua orang.Anis disini akan sentiasa mengalah dan sabar.kalis sudah walaupun bakal ada setitik air mata.bukan kerana manusia tapi sifat dan sikap.bye!

No comments:

Post a Comment