Tuesday, September 20, 2011

Sunyi dah..

Salam..
huhu.kelihatannya sejak akhir2 ni rumah aku semakin sunyi.ye lah dah kurang ahli bilangan keluarga.sejak ketiadaan adik aku yang ke unimas tu.tergambar kerinduan mak ayah aku,mana taknya yang kuat tengok tv dia.yang suka bukak radio kuat dia.aku?tak heran la plak.ye lah dah penat balik keje.kemas2 umah kejap,on9.haha.sampai tertido.abang aku?memanjang terperap kat bilik.si bongsu?merempit mana aku tak tau,asal jangan buat jahat.siaplah! hurm.. kalau adik aku terbaca blog aku ni,sini aku nak pesan...

kau belajar jauh2 kat sana ingat pesan orang2 kat sini,niat kene betul,solat jangan tinggal walau penat macam mana pun,jimat duit sikit,jangan tersongsang jauh, nak culture shock bagai,jangan ikut budak2 xsenonoh,kalau belajar buat cara belajar,pandai ke tak pandai belakang kira.asal kau berusaha bersungguh2,ni yang kau nak.so gunakan peluang dengan sebaik2nya,tak payah nak bercinta2 de kat sana,.tapi aku percaya adik aku.memang kepale otak dia belajar jer dari dulu.good! aku harap kau cemerlang kat sana macam kau cemerlang diantara kawan2 kau kat sini.okeh.

sedikit kata2 ego aku kepada dia haha menandakan aku juga sebagai kakak ada kerisauan dan harapan kepadanya.walaupun aku x berapa cemerlang tapi aku ada usaha nak kearah kecemerlangan itu.hahai.lantaklah.bye

Friday, September 16, 2011

Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada kusangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan berlian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Lirik lagu Mati Hidup Kembali oleh Butterfingers. ini antara lagu favourite aku selalu dengar. lagu ini menggambarkan semua orang punya harapan, punya impian. tak kira lah sesukar mana, pasti ada sinarnya. yang penting usaha untuk menerangkan lagi sinar harapan tersebut.ini versi jiwang2.versi perjuangan korang cari lah sendiri.ececeh~pinjam kata2 sorang brader..

Friday, September 9, 2011

BUANG ayah tepi jalan !

Salam,hari ni aku rasa moody jer macam nak marah sedih pon ada.baru jer nak keluar rumah nak  pergi kerja sempat aku jeling surat khabar metro ayah aku beli.memang panas jer bila baca.aduhaii...tergamak nya diorang ni.memang aku termenung tengok nasib orang macam ni.ah membara2 jiwa aku nehh!

hancur hati nye=(

LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.



Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.  



anak kesayangan?xkire la anak kesayangan ke ape.tapi sampai hatinya diorang wat ayah diorang macam ni.pakcik ni dah rindu!! sangat anak dia, nak sambut aidilfitri bersama2!! takde otak ke xleh fikir.bodoh sangat.pilu hati pakcik ni,apa salah pakcik ni??kenapa diorang wat macam ni kat ayah diorang??time diorang kecik2 dulu ayah diorang mesti jaga baik2,mesti sayang belai sebaik2nya,xkan 7 anak xleh jaga satu ayah??bukan mintak apa2,dia hanya nak meraikan aidilfitri bersama anak dia,dia dah rindu sangat anak dia.tak tahan aku tengok muka pakcik ni.dengan pakai baju wad lagi.sememangnya pakcik ni tak dapat tahan kegembiraannya nak sambut aidilfitri bersama anak dia,tapi apa yang jadi??hancur luluh hati dia....

apa perasaan kalo kite ni beriya2,muke dah gembira,mesti kat fikiran dah terngiang2 kegembiraan yang bakal berlaku,sanggup redah perjalanan 60 kilometer naik bot,sorang anak pon xde jemput dia,bersusah payah,dengan keadaan yang uzur semata2 nk jumpa anak dah tu boleh kebas duit ayah dia?? darah daging sendiri.tapi seorang anak dengan kejamnya senang2 buang ayah sendiri tepi jalan.Ya Allah! wajah pakcik tu jer dah nmpak sangat kekecewaannya...orang sekarang fikir ibu ayah dah tua,menyusahkan diorang!..jahatnyer! balasan Allah pasti ada.

Ya Allah mintak jauh perbuatan ni dari aku...

aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang membaca, jagalah ibubapa. Sementara mereka masih bernafas, jenguk-jenguklah mereka. Sesibuk mana pun kita, sebijak mana pun kita, sekaya mana pun kita, jika tidak kerana ibubapa kita yang memandikan, yang memberi ubat ketika sakit dan menyuap makanan ketika lapar serta mengajar ilmu ketika kita masih bodoh berhingus, sudah pasti kita ni takkan berjaya hingga hari ini.

Tangan ibu ayah, tangan ajaib. sentuhan ibu ayah, sentuhan kasih. bisa membawa ke syurga firdausi. ciumlah tangan ibu ayah, sebelum ibu ayah pergi bertemu Illahi dan takkan kembali lagi.

* termenung aku dengan situasi macam ni.ape la pkcik tu tengah fikir skang ni.aku doakan pakcik ni dapat ganjaran yang baik dari DIA.hanya DIA yang maha mengetahui.amin..

Monday, September 5, 2011

Seminggu hari raya :)

Assalamualaikum...

apa khabar semua?harap semuanya bahagia gembira di hari raya ni.begitu juga aku.huhu seminggu dah kan dan letih aku untuk hari ini tetapi puas aku berjalan raya bersama keluarga dan kawan2.hehe.puas dah bergelak tawa dengan diorang yang sememangnya suka gelak dan kecoh.ada jer nak bahan menbahan tapi sekadar gurauan yang membuatkan kami semua sangat rapat.haha.tapi paling utama sekali sudah tentu my family.hehe.memang xdapat banyak duit raya pun tapi aku yang exited nak bagi duit raya kat anak2 sedare aku yang cute2 semua.tak puas jumpe ari tu kat muar.ni pun dah rindu balik hehe.tapi apa2 pun raya kali ni sangat bermakna untuk aku.

bersama family tercinta
candid hehe
selepas solat raya
Lepas jer solat raya ramai gile yang datang rumah aku,memang hari pertama raya tu tak menang tangan dibuatnya.saudara belah ayah sampai 10 kereta yang datang.siap marhaban sekali.pengsan aku.haha
dan malam tu jugak aku balik muar.kat muar pulak semestinya aku beraya bersama kawan2 yang rapat sejak dari form 6,walaupun aku masuk form6 sekejap jer tapi apa2 cerita gembira dan sedih kami still sama2 kongsi sampai ler sekarang ni..hehe.tapi raya kat muar kali ni tak berapa plan sangat sebab masa yang begitu singkat.

heeeee~


diorang tahan gelak k.p wat suara gile haha
heeeee~
haha.memang kami suke bergambar.:p
bersama muksu tersayang
Dan Jumaat pulak aku pulang ke k.l secara tiba2 haha.fikir2 saudara dah ramai balik kat muar tu so aku pun balik je la k.l raya kat sini pulak.memang beraya dengan kawan2 sekolah rendah aku pulak haha.sampai ke
rembau kami beraya.tapi aku plan naik exora terus.so tak payah convoi banyak kereta.hehe.bestttttttttt.....

my skoolmates yang cute2 gitohh hehe
thanks to wani hidangkan kami makan tengahari :)
Cukup seminggu aku beraya dengan kawan2 dan family aku.malam tadi je memang aku dah landing lama atas katil sampai tertidur.nyenyak habiss.pennnaaattt beraya.haha.seronok tak hengat.tapi dalam seronok2 tu aku risau kat kwn aku sorang ni ada problem,lama jugak aku berborak dengan dia kat bilik aku semalam sampai nangis2 dia.adoi kawan aku ni raya2 pon nak nagis.makan hati katanya.aku still bagi nasihat dan tolong mana yang mampu.okeh! dah update blog utk raya haha.nak pergi site.malam ni nak jumpa kwn aku sorang tuhhh..daaa~

Saturday, August 27, 2011

Pra-Raya Company Dinner.

Assalamualaikum,tinggal lagi dua hari saja untuk kita menyambut Aidilfitri :) serius aku cakap selama umur aku 23 tahun aku sambut raya semuanya bermakna dan sangat seronok.kecuali tahun lepas.dan syukur pada DIA kerana bagi sedikit ujian kepada aku.alhamdulillah aku dapat terima nya sedikit:) dan tahun ini aku akan memaknakannya.dan tahun ini juga banyak perbelanjaan perlu aku keluarkan,maklumlah dah kerja hehe.baru jer aku tukar duit raya semalam,nak bagi kat anak2 sedara tersayang aku ae.orang besar mintak maap :p

Aku nak story sikit pasal minggu ni pulak.haha.akhirnya siap jugak installation kabinet rumah Semi-D Alam Damai:) happy sangat kot.owner sangat baik,peramah dan tak berkira.suami isteri merupakan seorang doktor HUKM.actually costumer aku ni dari bulan 3 dia dah survey dan tanya harga,tapi semalam baru siap pasang sebab rumah tu banyak renovation.so banyak delay.dan dia puas hati dan tersenyum tengok kitchen cabinet dia yang tersergam indah! hehe.nak tengok?




Amacam?cantik kan.kalau la aku ada duit banyak macam doktor ni memang aku hadiahkan untuk mamaku.ni lukisan 3D punya.kira progress sebelum pemasangan dan pemilihan material.just show kat owner dulu dan ni bukan aku buat haha.designer company yang draw.aku punya drawing tak secantik ni hehe.still learning process lagi.owner tengok lukisan 3D ni pun dan exited.nak tengok yang real punya??










Thanks you all :)

Overall owner memang puas hati dan dia sangat suka,sempat lagi abang2 installer ni bergambar tersenyum  menandakan  mereka juga puas hati dgn cara pemasangan mereka.haha dan yang paling tinggi tu merupakan top installer.abg Yusri :) semua dah kawen haaa haha.xtau aku nak gambarkan macam mana,tapi projek kali ni aku puas hati.thanks atas kerjasama mereka.

Dan pada hari itu juga company aku adakan majlis berbuka puasa aka dinner la macam tu untuk dua branch,HQ n branch Bangi.sini:)


memang aku sorang perempuan kat situ haha


Alhamdulillah semua kenyang dan boleh balik.bergambar dulu hehe
Sunyi sepi dah kawasan rumah aku ni.memang semua dah balik kampung.kepada yang balik kampung hari ni berhati2 memandu,baca doa dulu sebelum memulakan perjalanan,semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.daa...

p/s : nak selesaikan semua perkara hari ni sebelum hari gembira itu tibe :)

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang bahagia bersama family:)

Assalamualaikum..:)
wah tinggal lagi berapa hari jer lagi nak raya kan.jap2 nak kire....hurm, dalam 5 hari mungkin. aku dah x busy dah sekarang.memang rilex jer.just pergi site tengok progress installation jer.ulang alik office ke site aku.berjalan jer aku.kesian dah kereta aku tu dah macam kereta company.sadis2.bercalar sana sini.dalam pon bercalar jugak.takpe2,tunggu jumaat ni aku nak polish habis2.yaww.hehe.tak sabar nak balik kampung.

tapi aku nak cerita pasal bulan ramadhan.walaupun macam2 jadi kat(pasal kerja) aku tapi aku rasa bahagia sangat bila bulan ramadhan.ceh ada blog memang perlu cerita haha.yela kebiasaannya rumah aku tu kalau  bukan bulan puasa memang jarang masak.masing2 sibuk,tapi bulan puasa ni memang best,seronok tengok juadah yang mak aku masak.satu family berkumpul kat meja makan.kami selalu berbuka spesies mee jer hehe.tapi yang wajib mesti ada kurma,air kopi ayah aku n air sejuk tak kira lah air apa2 pon.tapi kalau aku ada duit lebih,beli la jugak kuih2 ker,ayam percik ker.ha time tu seronok sangat tengok karenah dua orang adik aku.haha

lepas berbuka,kami satu family pergi solat tarawih,memang aku tersentap dengar tazkirah sebelum terawih tu:)

Sahur pulak hari2 ayah mesti kejutkan.kadang2 ayah masak kadang2 mak masak.haha.aku?tunggu pukul 6 pagi la kot baru boleh sahur :p hehe gurau jer.

Sekarang ni kalau tengok dalam  rumah aku,memang kecah sana sini,biasalah mak aku ada jer benda nak ubah sana sini.biasalah nak raya.tu lah semangat mak aku.bab2 decoration memang mak suka.mak bos kami tukang dengar arahan.



  
mak aku yang ku panggil mama.hahai.muke fotostat aku:)
ayah aku yang ku panggil baba.heee
ayah aku ni walaupun sporting dia suka nasihat banyak lagi2 pasal solat,benda tu lah dia salu ingat kan kat anak2 dia yang degil2 lah jugak kan.tapi tetap baik.betul hehe.benda paling penting yang akan dia tanya solat dan solat.owh tak sanggup aku kehilangannya.sayang sangat2.dia tak boleh berjauhan dengan anak2 dia,dia mesti rindu.dan aku pon tak nak pergi jauh2 dari family aku.sangat suka kalau anak2 dia pergi tarawih sama2 dengan dia.tacingnyer hai.lepastu kalau dia nampak anak2 dia time moreh mesti die senyum.how sweet ayah aku neh=)


abang aku
 
Ha ni abang aku plak,tak rapat pon dengan dia dah pendiam orangnya tak banyak cakap,24 jam dalam bilik hahai~.tapi kalau time2 ramadhan ni dia tak boleh tak sahur.comfirm gastrik punyer.n bab2 pasang pelita dia semangat lagi2 malam 7 likur:)

adik perempuan aku
ha dia ni la paling2 kuat belajar dari dulu sampai sekarang,memang jenis tak tido malam study aje lah kejenyer.aku ni xserajin dia lah haha.paling kuat study dan paling kuat tido.perh sekali tido pukul 3 petang baru bangun.memang mak aku membebel.tp dia salu turun ke dapur tolong mak aku masak and ajar budak2 mengaji kat rumah aku tuh.aku ikut mood haha kadang2 tu aku asek balik lambat jer.memang bilik aku tu dah bersepah teruk dengan barang2 dia mana taknya tinggal dua minggu je lagi dia nak berlepas ke sarawak.sambung belajar:) ayah aku n adik aku ni selalu  jer lah bertekak bising kat rumah tu haha ayah aku saje nak kenakan dia.kami ni ape lagi bako2 jer la.:p

ha ni adik aku yang paling bongsu dan malas nak baca buku.huh

ha kalau bab2 runner dia no 1.cakap jer mak suruh beli apa.dia on jer.ulang alik banyak kali pon boleh.tapi kalau aku suruh.wajib mintak upah.perh.actually aku rapat dengan dia berbanding yang lain.dan kerja dia habiskan biskut2 raya yang mak aku beru beli.hampeh kau ni.umur2 macam dia ni(17thn) tak miss pergi tarawih,mana taknya situlah die jumpa member2 dia.situlah tempat dia main mercun.huh! apa daa.

So ramadhan tahun ni bermakna untuk aku berbanding tahun lepas dimana aku dilanda kesuraman kemurungan yang berpanjangan dimana keluarga amat risau dengan keadaan aku.tapi sekarang ni Alhamdulillah,aku cukup faham dengan apa yang diuji.benarlah kata2 ayah aku yang aku simpan sampai sekarang.sayang ayah.hope kebahagiaan kami berpanjangan sampai bila2.dan aku juga mendoakan kebahagiaan kalian semua tak kira lah dengan family,kawan2 dan juga orang2 tersayang.peace! :)

Monday, August 22, 2011

Manja dan ayah..

Assalamualaikum..

Semalam aku melepak kat  rumah sepupu aku kat Putrajaya atas arahan mak aku meminta aku hantar bubur lambuk kat rumah maklong n rumah sepupu.,pukul 12malam baru aku balik rumah.kemane lagi aku nak pergi kalau tak ke rumah sepupuku tu.hehe.alang2 berbuka puasa sekali.best sangat layan karenah iman,.pandai iman men acah2 dengan aku.dan memang aku suka bdk2 mcm ginih hehe.geram2.manjenyer die..

ni iman time kecikk laaa..hehe..yang belakang tu kakak angkat die kot`
Sebut pasal manje ni,aku ni jugak kene tempias manja xkire la mana2 pon termasuk jiran2.huh dari zaman uitm pon kawan2 aku sengaje ejek aku "baby" .mungkin diorang tengok cara aku.aku ni memang sensitif abes.huh.tapi sekarang dah boleh kawal haha.dan secara jujur memang aku rapat lah dengan ayah aku.sejak dari dulu lagipun.memang adik beradik aku pun tak nafikan yang aku lebih rapat dengan ayah.aku pon xtau la manja ni macam ne ek?gedik2 ker?aku tak gedik pon kannn...eh serius! xgedik.

tapi kang kalo aku cakap aku ni  sandar2 bahu kat ayah aku.baring atas riba ayah aku comfirm kene tag manja.padahal memang dari kecik macam tu sampai lah sekarang,ayah aku dok depan tv jer aku dah start nak baring2 atas riba  dah sebab aku malas nak amek bantal haha.sofa plak memang abg aku dah landing awal2.huhu kuku pon ayah aku potong kan.bilik pun ayah aku kemaskan.(sebab ayah tak suka bilik sepah, sepah sikit jer ayah dah start dah)memang ayah tak suke kecah2 ni.baru nak kemas ayah dah kemaskan huh.buah pon ayah tolong kupaskan.selagi tak kupas selagi tu lah kami tak makan.perhh semua benda aku nak cerita.tapi itulah kenyataannya.

sekarang aku rasa kalau orang nak panggil aku manja pon bialah.sebab dia ayah aku yang menjaga aku dari kecik termasuk mama hehe.bialah kan aku nak manja dengan ayah.actually memang aku rapat dengan ayah.apa sahaja cerita aku ayah dengar termasuk lelaki yang kawan dengan aku.

sampai ayah asik tanya "tengah2  malam abah selalu dengar handphone ko asik berbunyi jer,sapa yang call tu?"..errr...terpaksa pusing2 dan aku menjawab "alarm handphone tu bah" haha amek kau.kalau ada yang terase mintak maap ae.hehe

Dan atas permintaan ayah,kali ni raya pertama kami semua beraya kat kajang jer,ayah nak beraya kat rumah sendiri lagipun sibuk dengan persiapan adik aku nak ke Sarawak,sebab dpt tawaran belajar kat unimas.so semua akan ke sarawak lagi 2 minggu.aku jer tak pergi..keje! huh..dan raya ke2 baru aku kat muar raya dengan atok pulakk.

daaaa~


p/s : comfirm mak aku masak juadah raya yang banyak nanti~aku mangsanya~hehe~tak sabarnya~