Thursday, March 31, 2011

Mengantuknyer.....

Ermmm…huhu actually aku tak pergi pon training hari ni.belajar macam mana nak buka drawing.baik belajar dengan senior jer lagi senang nak ingat.kalau belajar ramai2 mesti mengantuk je la.hehe.malas 

rasanya.kenapa la senang2 jer penyakit malas datang penyakit rajin liat sangat nak muncul.haih.Alhamdulillah akhirnya set besar rumah Semi D owner telah siap dipasang dan settle semuanya.Owner pon tersangatlah baik dengan aku.ulang alik ke site memang penat sangat.berpeluh2.serius panas terik tapi kalau petang hujan lebat sangat.time tu best sikit.

Banyak perubahan yang berlaku pada diri aku,lain sangat dan berbeza.apa dia?ye lah sikit2 aku dah boleh handle apa yang aku  tidak tahu.walaupun kadang2 aku tahu tetapi buat tak tahu.haha.bahana penyakit malas memang macam itu.makin banyak aku tahu makin banyak kene fikir nak buat apa.bukan senang2 dan bukan susah2.penat.letih dan mengantuk.

Sejak dua menjak ni selalu jer tido lewat.sangat2 lewat.aku ni tido cepat tapi mudah2 jer terjaga.mana taknya temankan dia tu yang selalu tido lewat.nanti mesti tacing kalau aku tulis macam ni.takpe dia da balik johor dah,biar dia dok lama2 kat johor tuh.mata semakin kuyu haha.dia lah ni buat aku jadi mata kuyu.gara2 dia lah aku selalu tido lewat.bialah dia bace.suka tengok dia merajuk.huhu.
Aku memang mengantuk sekarang ni.nak tido lah.dia pon dah balik johor.mesti tak online.

Daaaa…=)

Wednesday, March 30, 2011

Mencari kesempatan dalam kesempitan..yer ker??

Selamat malam semua. Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gulana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Bila senang, semua nak rasa senang sama-sama, tapi bila susah, mane ada yang nak tanggung susah bersama.


Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua. Bila dah perkara sebegini jadi lumrah. Ini dah membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang. Memang haramjadah!.


Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang. Kalau difikir dalam-dalam, difikir secara rasional, tak salah pun sebenarnya bersikap senang sama senang, susah sama susah. Tapi tengok jugak pada keadaan dan situasi. Sebab kita sama-sama manusia kan. Macam laut, ada waktu pasang, ada waktu surut. Jangan nanti bila dah tengah sesak, tengah susah mula la terkial-kial nak cari kawan-kawan mintak tolong.

Setuju???

Dan Tak Mungkin....!

Pagi2 dah buat aku naik angin,mana taknya time nak bersiap pergi kerja aku perasan adik aku tak pergi sekolah,bila dia turun dari tangga,buat2 muka tak sihat konon.hishh kan dah bising pagi2.berani lah tak nak pergi sekolah kalau abang dia tau abis ko.dah lah nak SPM tahun ni.malam2 merayap.penat konon,ragbi tak ragbi futsal tak futsal.grrr!

Hari ni aku bangun tido dengan mata yang sangat kuyu,tapi macam makin lembik jer.rasa sangat2 lapar,bukan tak nak nasi.tapi nak makan bende lain.asek ulang jer.tapi baru hari ni dapat makan nasi lemak ayah aku belikan.tu pon makan sikit jer.

Hurm~(perkataan yang sering aku taip,ayat mengeluh je)..hehe hari ni aku nak cerita satu kisah untuk menulis kat blog ni.kisahnya begini.tapi bukan kisah apa pon k.

Hurm,ada sorang girl ni berkawan dengan seorang lelaki yang dia pernah kenal kat sekolah dia dulu tapi lelaki ni mana pernah kenal girl ni pon. Tapi dia kenal kawan2 girl tu.girl tu jer dia tak pernah nampak dan kenal.erm,lelaki ni baru kenal dengan girl ni pon kebetulan chatting kat facebook.girl ni suka teman dia sampai ke pagi,suka borak2 dengan dia.

bukan borak apa2.tak pernah lebih2.tu yang girl ni suka.lama2 kawan,girl ni rasa suka nak berkawan dengan dia.dia memang kecoh,suka ejek girl ni makcik dan nenek,cakap lepas jer,mengada2 pon ada.serius! tak tipu.dia memang mengada2.tapi dalam pada masa yang sama dia ni baik hati.baik hati macam mana?tak payah tau lagi.

Lama2 perasaan girl lain macam,asek nak jeles jer.mana lah girl ni tau tiba2 nak jeles,nak buat macam mana.mungkin lelaki ni perasan girl ni asek jeles jer dia pon Tanya kenapa nak jeles?girl ni kalau nak ikutkan tak kan bagitau langsung,simpan sendiri lebih baik betul tak??ye lah,lelaki tu dapat rasa girl tu suka dia.peh last2 girl tu bagitau jugak kat lelaki ni yang girl ni suka kat lelaki tu dan dah jatuh hati kat lelaki tu.lelaki tu gelak sebab dia dah tau apa yang girl tu simpan!

 tapi sepanjang hidup girl tu macam mana dia suke lelaki dia tak kan bagitau,dia akan pendam jer.hurm sekarang lelaki ni dah tau girl tu suka dia.tapi girl ni sedar apa yang dia buat dan bagitau.kata2 tu dah tak boleh tarik balik lagi dan rasa tak patut bagitau sebab lelaki tu bukan suka kat girl ni pon.dan tak kan suka.mana sesuai dengan girl tu.girl ni kasar pon banyak cakp jugak.huhu.girl ni payah sikit,bila dia dah suka dia akan suka dengan ikhlas dalam hati dia.girl tu Cuma nak bagitau apa yang dia luahkan ikhlas.tu jer.

Hurm,girl ni akan cuba buang perasaan tu balik.boleh ker??insyAllah,girl tu cuba.


Haha,dah baca?huhu saje2 untuk santapan pagi.lumrah manusia saling suka dan sayang.tak salah sebab perasaan tu datang sendiri dan tak boleh dibuat2.mungkin sebagai luahan perasaan dan tak lebih dari tu. “tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang” .. Dan aku ? aku dah lepas dari situasi ni pada suatu masa yang tak berapa nak dulu.Sekarang ? situasi aku adalah rahsia tak nak cakap apa2 lagi! yang penting, kita bahagia dengan hidup kita, kita jaga hubungan kita dengan Allah, juga jaga hubungan kita dengan manusia. Tinggalkan serta jauhi mereka yang menyakitkan kita, jangan pedulikan orang yang hatinya busuk.



p/s :

kalau jadi aku pon aku cuba nak buang perasaan ni balik.dan aku berharap lelaki tu
bahagia dengan orang yang dia suka.hehe













Tuesday, March 29, 2011

Nakkk.......

Assalamualaikum..
Erm dah tak tau nak tulis apa kat blog tak cantik ni,hehe sebab kalau rasa nak tulis aku akan tulis.kalau takde idea nak tulis aku wat tak tau jer dengan blog ni.Malam ni pasar malam lagi kat bangi tu,


macam nak pergi jer nak cari benda tu tapi “dia” tu cakap kalau pergi pon tak kan ada benda tuh.benda?ko ingat barang ke Anis?hehe.Nak pergi jugak malam ni boleh tak?hurm tapi ramai mesti ramai tak suka rimas pon ada.berpeluh2.penuh sesak.

Dah lama tak sentuh nasi,tapi makan jer apa yang ada.bukan takde nasi,tapi tak nak makan nasi, nak makan benda lain mcm kat pasar malam tu=( dah lama nak.sejak mummy gemuk belikan kat putrajaya


 dulu.tiba2 nak rasa lagi.nak cari sampai dapat.mana ade mengidam.tak mengidam pon.kalo dapat suka.hehe kalo tak dapat nak buat macam mana.nak pergi bangi jauh.penat nak drive.malas nak drive 


lagi.aku drive bahaya,semua cakap macam tu takde sapa berani naik dengan aku.mane ade nervous.biasa2 je.jangan naik kereta dengan aku lagi.taknak kawan korang semua.peh tiba2 nak sentap haha.sukahati lah nak cakap apa pon.

Takk nak makan lain,nak tu jer.nak cari.nak jugak,nakkk..mengada2 lah pulak ko ni Anis.boleh jer nak pergi tapi balik keje pukul 6 petang.kadang2 penat sangat nak keluar.nak tido tapi bukannya boleh tido.mana boleh


 paksa2 nak tido.tido memang sedap hehe.nak keluar pon kesian tgk abang saga tu,dah tak sihat.bila aku nak service ni?macam2 lubang dah langgar  lagi kesian..hurm orang lain semua tengah lunch,berselera jer tengok diorang makan,aku tak rasa lapar langsung.mata makin kuyu bile tengok orang lalu lalang kuar masuk opis hehe.dah lah petang kang training.salu jer suka wat orang takde mood,kang tido kang baru tau=p

Hehe..bye2..

Monday, March 28, 2011

Cinta~~Sayang~~Suka




Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je..=))


geramnye tgk baby ni!


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya=))






Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya keng kita dah nak pecah…=))



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


p/s : cinta kepada-Nya kekal abadi=))


Sunday, March 27, 2011

Hanya manja aku,kau saja boleh rasa~

Peh2,title atas tak boleh blah.saja2 buat title macam tu.Aku manja ke??
Sorry sikit ae..

Tapi ada lah someone ni cakap aku manja
Dia say aku manja....plezz laaa…
Tengok muka laa..baik pnya ganas ni..
Setakat sandar2 kepale dan baring2 atas riba ayah aku pon dia leh cakap aku manja
Mana ada,aku dengan ayah aku memang macam tu…
Dia tu anak bongsu,pastu membebel2,lepastu ngada2..
Lagi manja..!


Sabtu malam hari tu,aku ke UKM amek dia ni then sama2 ke pasar malam.
Lepastu,dalam kereta dia tak berhenti2 bercakap.
Asek nak gadoh jer dengan aku
Nak pergi pasar malam nak cari ape yang aku idam tapi takde=(
Lapooo jer malam tu
Beli tau fu fa jer
Tak tau nak lepak mana kat celah UKM tu,lepak makan kat zaaba jer
Macam2 bunyi kat UKM tu,bising dengar suara orang karoke..karoke ker??
Entahla~lalala
Then lepak kat zaaba dengan budak mengada2 sambil2 tunggu dia nak main futsal
Borak2 jer takde lebih2,dengar jer apa budak mengada2 tu cakap.
Mentang2 budak law~semua nak betul,kite diam jer dia cakap apa
Grrr….





Saturday, March 26, 2011

Adakah masa boleh dibeli?




Tadi keluar dari rumah,aku tersenyum sendirian,sampai lah masuk opis,senyum lagi.macam biasa,sebelum masuk opis asek kene flirt jer dgn abang2 installer,dah tak heran.diorang tu baik.just suka usik2 jer.lantak korang la.aku senyum bukan apa,sebelum aku pergi kerja tu,aku salam mamaku.start kereta dan mamaku tengok jer aku sampai hilang..haha..ayat..

Motif??ok2..sebenarnya aku tak percaya yang umurku hampir mencecah 23 tahun,aku tak percaya aku dah habis belajar,aku tak percaya aku dah kerja sekarang ni dan kejapnyer masa2 tu semua berlalu dengan pantas.dan bulan April hampir menunggu~cepat kan semua cepat.

Kalau fikir2 balik,aku tak layak apa yang aku dapat sekarang ni.mana tak nya,dulu belajar malas.memain je kat sekolah,dari form 1 sampai lah ke form 4 aku jadi pengawas  yang memang malas.asek memain.huh dari form 1 sampai form 4 jugaklah aku tak miss bergaduh dengan budak lelaki.bukan calang2 gaduh bai.haha.tapi aku yang menang dan aku jugaklah menangis.

Actually aku agak kasar lah dan aku tak suka mengalah,sukan?power tak power jugaklah,bola baling dan bola jaring jer.layak daerah je.hehe.kiranya dulu aku agak aktif join semua tu .program rakan muda semua negeri aku jelajah naik gunung turun gunung.memang best!!  Bila lah dapat join aktiviti macam tu lagi.nakkk…See,aku suka benda2  macam tu,mana ada masa fikir pakwe makwe abang2 terangkat ni.haha.sukan no 1,belajar no 2 itulah aku.mana taknya aku ada jugak geng  4 orang dalam kelas tapi diorang ni suka sangat wat discussion addmath and prinsip akaun.boring tol,memang boleh ngantok aku.baik aku merayap kelas sebelah.yang aku tau tak sabar nak tunggu time bunyi loceng rehat.ni lah budak2 zaman sekolah.

Masuk form 5-form6 aku kena pindah sekolah,tak payah lah tau kenapa.ke Johor pindahnya.bakal SPM,makin jadi malas kot.kawan baru kelas baru sikap jer sama.perjalanan hidup time form 5  dan form6 semua ok2 jer.dalam asrama semua budak2 alim gitu,aku cuba membiasakan diri.Cuma agak nakal bila tinggal kat asrama.huh.semua benda kena buat sendiri kau.takdelah cakap aku ni wanted kat asrama.Cuma ada lah sedikit  kenakalan.bukan menggatal tapi nakal.haha lantak korang lah nak fikir apa.baru2 ni keputusan SPM keluar dan boleh pulak aku teringat zaman aku amek result SPM dengan mak ayah aku.selambe derk jer aku.orang lain melompat2.ada jugak yang menangis.ada yang muka kecewa dan terkilan.aku??biasa2 jer,tengok dan tunjuk kat mak ayah aku.”Alhamdulillah”,ha tu je lah ayat yang keluar dari mulut mak ayah aku dan aku..haha.hurm semua tu sudah tinggal dibelakang,dan anggap semua tu kenangan manis yang sangat manis.bagi aku kalau diberi pilihan aku akan pilih time2 aku kecik,time2 aku sekolah dulu.tapi masa dah tak boleh nak undur kan?~Selamat tinggal smk Tun Perak~

Boleh dikatakan aku ni tak suka nak belajar,tapi dapat jugak masuk universiti.Cuma kat kampus,aku bersemangat sikit,usaha aku boleh dikatakan “eh,macam tak percaya ni anis”.sebab banyak belanja masuk universiti  ni.kesian lah kat mak ayah aku.so aku cuba sedaya mungkin.aku tak gaduh2 dengan budak laki dah time kat kampus.bercinta apatah lagi.yang aku tau aku siapkan projek aku.pergi studio balik bilik.tu je la.aku bukan budak pandai pon.tapi still ada usaha nak capai apa yang aku belajar kat university.kenangan manis sangat kat kampus dulu,weee~selamat tinggal Uitm Perak~

Dan sekarang aku dah kerja,tanggungjawab lain pulak yang aku kene pikul.kehulu kehilir pergi site,siapkan drawing2.penat sangat.mungkin sementara je aku disini.selepas dua tahun aku akan cari pengalaman lain.tu semua sekadar plan masa depan.huhu.aku hanya merancang tapi DIA yang menentukan.bak kata kawan aku “biar masa menentukan segalanya”

Kadang2,aku  ni sangat2lah rajin kadang2 jugak sangat2lah malas.kadang2 sangat2lah happy.kadang2 sangat2lah sedih.boleh tak jangan ada perkataan kadang2 tu lagi.haishh.apa2 pon aku semakin ceria,gembira,dan sedikit2 masalah aku dah makin jauh dari aku.

tapi ada benda lain pulak yang datang.kesian pulak aku tengok bila dia bagitau masalah dia~

Kepada Mr.Benz,aku tau kau tengah sedih memikirkan nasib kau sekarang ni.kau kene sabar.kau kene redha dan pasrah.aku mampu nasihat je dan bagi kau tenang  selainnya semua tu usaha kau.tu semua masa depan kau sendiri.kau yang tentukan masa depan kau.apa2 jadi pon kau kene terima keputusan tu nanti.insyAllah kebahagiaan kau pasti datang suatu hari nanti.soal hati ,perasaan,dan serba salah kau,nanti2 lah kita fikirkan.aku tak kisah semua tu.kau tipu ker kau cakap benar ker aku percaya je la.Tuhan sekadar menguji kau.mungkin kau ada tersilap langkah dengan DIA.aku cuma boleh doakan jer..

Kesimpulannya,apa yang aku dapat sekarang aku bersyukur,aku tak mintak lebih,ni lah perjalanan hidupku yang terlalu banyak manis dan sedikit je pahitnya.pahitnya pasal cinta jer pon.tak besar mana aku jer besar2kan.hampeh.aku tak sempurna.dan aku hanyalah mencari kesempurnaan dalam hidup.hidup yang begitu pantas tapi amal?belum cukup untuk aku lagi.dan aku akan tambahkannya.aku inginkannya.sedikit demi sedikit aku pasti ke situ..InsyAllah~~

p/s :maksud tersirat biar lah aku simpan sendiri,aku bahagia sekarang dan terus bahagia=))