Friday, March 25, 2011

Selamat tinggal..aku nak bunuh diri~~




Hai geng,apesal entah lah aku malas sangat nak update blog.bukan ape, nak kene taip nak kene fikir nak kene jaga hati orang jugak yang baca betul tak?(ade ker org jauh bace??)Jom aku cerita pasal bunuh diri ni,jangan plak korang fikir aku nak bunuh diri,hehe(serius tengah malas,tapi taip jugak).Actually aku baru baca kat berita harian online pasal kes ni.Hurm,berbaloi ker? Bila bunuh diri kerana cinta ni berlaku, aku cuma mampu tersenyum saja. Begitu cetek pemikiran manusia hingga perkara yang aku rasa kecil hingga sanggup bunuh diri.

Banyak lagi jalan penyelesaian yang boleh diambil. Bunuh diri bukan jalan termudah.
Bila putus cinta, aku akui memang pedih sangat rasanya. Lebih-lebih lagi kalau putus cinta kerana kehadiran orang ketiga. Memang parah. Bak kata orang, kalau putus cinta kerana masalah lain, still ada peluang nak bersama lagi. Tapi bila dah campur tangan orang ketiga, kebiasaannya memang susah nak bersama lagi. Hati si dia bukan lagi milik korang, tapi milik si parasit. Memang bahaya.

Tapi, perit macam mana pun sesuatu perpisahan tu, tak perlu la sampai nak bunuh diri. Bukan tindakan bijak namanya tuh. Banyak lagi perkara yang boleh korang buat kalau putus cinta. Ingat, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Mungkin mana tahu kalau korang putus cinta, korang akan mendapat pengganti yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

Hakikatnya, setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya kan.
Kalau bunuh diri dapat putar balik masa, aku tak kisah korang nak bunuh diri selalu. Tapi masalahnya bunuh diri ni tak akan mengubah apa-apa. Yang berubah cuma nyawa kita sahaja, daripada bernyawa kepada tak ada nyawa. Jangan ingat bunuh diri ni boleh kembalikan rasa cinta pasangan tu pulak. Kalau ya pun hati pasangan tu kembali, tak kan dia nak mencintai jasad korang sahaja. Sampai masa mesti dia akan lupa terutama bila sudah ada pengganti. Ini hakikat.
Jadi, lepas-lepas ni aku harap tak nak la dengar cerita pasal bunuh diri ni. Bukan setakat untuk cinta sahaja, apa-apa masalah pun mesti ada penyelesaiannya. Bunuh diri tak termasuk sebagai penyelesaian k. Penambahan masalah mungkin. Bila dapat sesuatu masalah, jangan la asyik terfikir nak bunuh diri je. Cuba cari penyelesaiannya, dan belajar dari pengalaman tersebut. insyaAllah hidup korang akan lebih bahagia selepas itu.


“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”(HR al-Bukhari dan Muslim)


5 comments:

  1. selagi mampu,kita nk buat amalan banyak2.ni tidak.nk bunuh diri,kalau non muslim xpe.ni muslim.singkat sungguh akal.

    ReplyDelete
  2. bunuh diri merupakan satu dosa besar kan..haish

    ReplyDelete
  3. yang penting pompuan ni akan didakwa kerana cubaan membunuh diri..dunia kena..akhirat?wallahualam

    ReplyDelete
  4. apis,bkn didakwa je..mgkin dok dlm pnjara...

    ReplyDelete
  5. kalau pendakwa menang boleh r kne pnjara..kalau kalah?lepas r

    ReplyDelete