Tadi keluar dari rumah,aku tersenyum sendirian,sampai lah masuk opis,senyum lagi.macam biasa,sebelum masuk opis asek kene flirt jer dgn abang2 installer,dah tak heran.diorang tu baik.just suka usik2 jer.lantak korang la.aku senyum bukan apa,sebelum aku pergi kerja tu,aku salam mamaku.start kereta dan mamaku tengok jer aku sampai hilang..haha..ayat..
Motif??ok2..sebenarnya aku tak percaya yang umurku hampir mencecah 23 tahun,aku tak percaya aku dah habis belajar,aku tak percaya aku dah kerja sekarang ni dan kejapnyer masa2 tu semua berlalu dengan pantas.dan bulan April hampir menunggu~cepat kan semua cepat.
Kalau fikir2 balik,aku tak layak apa yang aku dapat sekarang ni.mana tak nya,dulu belajar malas.memain je kat sekolah,dari form 1 sampai lah ke form 4 aku jadi pengawas yang memang malas.asek memain.huh dari form 1 sampai form 4 jugaklah aku tak miss bergaduh dengan budak lelaki.bukan calang2 gaduh bai.haha.tapi aku yang menang dan aku jugaklah menangis.
Actually aku agak kasar lah dan aku tak suka mengalah,sukan?power tak power jugaklah,bola baling dan bola jaring jer.layak daerah je.hehe.kiranya dulu aku agak aktif join semua tu .program rakan muda semua negeri aku jelajah naik gunung turun gunung.memang best!! Bila lah dapat join aktiviti macam tu lagi.nakkk…See,aku suka benda2 macam tu,mana ada masa fikir pakwe makwe abang2 terangkat ni.haha.sukan no 1,belajar no 2 itulah aku.mana taknya aku ada jugak geng 4 orang dalam kelas tapi diorang ni suka sangat wat discussion addmath and prinsip akaun.boring tol,memang boleh ngantok aku.baik aku merayap kelas sebelah.yang aku tau tak sabar nak tunggu time bunyi loceng rehat.ni lah budak2 zaman sekolah.
Masuk form 5-form6 aku kena pindah sekolah,tak payah lah tau kenapa.ke Johor pindahnya.bakal SPM,makin jadi malas kot.kawan baru kelas baru sikap jer sama.perjalanan hidup time form 5 dan form6 semua ok2 jer.dalam asrama semua budak2 alim gitu,aku cuba membiasakan diri.Cuma agak nakal bila tinggal kat asrama.huh.semua benda kena buat sendiri kau.takdelah cakap aku ni wanted kat asrama.Cuma ada lah sedikit kenakalan.bukan menggatal tapi nakal.haha lantak korang lah nak fikir apa.baru2 ni keputusan SPM keluar dan boleh pulak aku teringat zaman aku amek result SPM dengan mak ayah aku.selambe derk jer aku.orang lain melompat2.ada jugak yang menangis.ada yang muka kecewa dan terkilan.aku??biasa2 jer,tengok dan tunjuk kat mak ayah aku.”Alhamdulillah”,ha tu je lah ayat yang keluar dari mulut mak ayah aku dan aku..haha.hurm semua tu sudah tinggal dibelakang,dan anggap semua tu kenangan manis yang sangat manis.bagi aku kalau diberi pilihan aku akan pilih time2 aku kecik,time2 aku sekolah dulu.tapi masa dah tak boleh nak undur kan?~Selamat tinggal smk Tun Perak~
Boleh dikatakan aku ni tak suka nak belajar,tapi dapat jugak masuk universiti.Cuma kat kampus,aku bersemangat sikit,usaha aku boleh dikatakan “eh,macam tak percaya ni anis”.sebab banyak belanja masuk universiti ni.kesian lah kat mak ayah aku.so aku cuba sedaya mungkin.aku tak gaduh2 dengan budak laki dah time kat kampus.bercinta apatah lagi.yang aku tau aku siapkan projek aku.pergi studio balik bilik.tu je la.aku bukan budak pandai pon.tapi still ada usaha nak capai apa yang aku belajar kat university.kenangan manis sangat kat kampus dulu,weee~selamat tinggal Uitm Perak~
Dan sekarang aku dah kerja,tanggungjawab lain pulak yang aku kene pikul.kehulu kehilir pergi site,siapkan drawing2.penat sangat.mungkin sementara je aku disini.selepas dua tahun aku akan cari pengalaman lain.tu semua sekadar plan masa depan.huhu.aku hanya merancang tapi DIA yang menentukan.bak kata kawan aku “biar masa menentukan segalanya”
Kadang2,aku ni sangat2lah rajin kadang2 jugak sangat2lah malas.kadang2 sangat2lah happy.kadang2 sangat2lah sedih.boleh tak jangan ada perkataan kadang2 tu lagi.haishh.apa2 pon aku semakin ceria,gembira,dan sedikit2 masalah aku dah makin jauh dari aku.
tapi ada benda lain pulak yang datang.kesian pulak aku tengok bila dia bagitau masalah dia~
Kepada Mr.Benz,aku tau kau tengah sedih memikirkan nasib kau sekarang ni.kau kene sabar.kau kene redha dan pasrah.aku mampu nasihat je dan bagi kau tenang selainnya semua tu usaha kau.tu semua masa depan kau sendiri.kau yang tentukan masa depan kau.apa2 jadi pon kau kene terima keputusan tu nanti.insyAllah kebahagiaan kau pasti datang suatu hari nanti.soal hati ,perasaan,dan serba salah kau,nanti2 lah kita fikirkan.aku tak kisah semua tu.kau tipu ker kau cakap benar ker aku percaya je la.Tuhan sekadar menguji kau.mungkin kau ada tersilap langkah dengan DIA.aku cuma boleh doakan jer..
Kesimpulannya,apa yang aku dapat sekarang aku bersyukur,aku tak mintak lebih,ni lah perjalanan hidupku yang terlalu banyak manis dan sedikit je pahitnya.pahitnya pasal cinta jer pon.tak besar mana aku jer besar2kan.hampeh.aku tak sempurna.dan aku hanyalah mencari kesempurnaan dalam hidup.hidup yang begitu pantas tapi amal?belum cukup untuk aku lagi.dan aku akan tambahkannya.aku inginkannya.sedikit demi sedikit aku pasti ke situ..InsyAllah~~
p/s :maksud tersirat biar lah aku simpan sendiri,aku bahagia sekarang dan terus bahagia=))
No comments:
Post a Comment