Monday, March 14, 2011

Apakah lelaki handsome?

hi semua,

selamat malam.ngantok+penat hari ni..yela baru balik penang..nak tau??tguuuuu aku update nanti ye hehe..tibe2  hari ini aku  nak sembang pasal lelaki handsome. dan ianya adalah mengikut sudut pengamatan aku sama ada dari zaman sekolah mahupun universiti. siapa rasa dia handsome, tampan, kacak,dan mungkin Hot. jom baca.

kelebihan:-
-terlebih dahulu mendapat perhatian berbanding yang tidak handsome.
-ramai peminat perempuan. berbaris kot!
-senang nak tackle awek cun.
-'market' tinggi. glamer di mana-mana juga. (kampus/ofis).

kekurangan:-
-mungkin digilai hanya kerana paras rupa sahaja.
-mungkin diminati oleh kaum sejenis Auchh!.
-susah nak setia kerana banyak godaan gadis-gadis yang lebih Hot!
-kuat perasan. macam dia saja yang handsome. wekk!
(ciri lain yang kurang yang lebih boleh tambah sendiri okey).


perempuan cenderung memilih lelaki handsome?
- bab handsome, kacak, cantik dan lawa ni. semua orang pun suka, sesiapa pun suka kepada 'keindahan'. kalau setakat nak pandang muka saja. kali pertama tu boleh lah terpaut, tersuka. tapi kalau nak go on as partner. rupa saja tidak ke mana. ia macam jatuh ciri ke lima or ke enam kot. yang paling utama mesti nak 'serasi'. dia pokok kita tanahnya.Secara jujurnya aku bukanlah memilih handsome sebagai pasangan hidup dan aku tiada ciri2 idaman lelaki yang macam gegurl2 tulis kat blog diorg haha,cukuplah sekadar baik..erkk sume girl nak lelaki baik.Hurm OK2,bagi aku..baik,penyayang,bertanggungjawab,solat full..tambah lagi..setia,menghargai,dan cukup menjaga pasangannya,membimbing aku kearahNya.itulah paling penting..! xpernah terlintas aku nak cari lelaki kaya kerana rezeki tu ada dimana2 asal berusaha.

banyak lelaki handsome tidak memilih perempuan cantik as partner?
- yup. memang banyak yang aku nampak macam itulah. mungkin sebab perempuan cantik demand sket. bukan demand harta, tapi demand nak dilayan manja. (bukan semua kes, mungkin ada yang terkecuali). sedangkan lelaki handsome ni pun selalu nak dilayan lebih dan malas nak
layan perempuan melebih-lebih. so bila dua-dua pun cantik dan handsome dia macam tak berapa nak kena. sebab dua-dua nanti demand mengada-ngada so akan jadi banyak gaduh.Macam aku sekarang,dari zaman sekolah sampai sekarang,aku lebih banyak kawan lelaki berbanding kawan perempuan.yang handsome gila,yang mix,yang xhensem,yang gemok,yang pendek,yang bek yang xbek,yang kaya gile,yang miskin pon ade sebab tu perangai aku kasar kot.asal aku xlebih2,asal aku xkacau hubungan orang,dan xkacau suami orang haha.mintak jauh..
 TAPI SERIUS DIORANG SEMUA OK DGN AKU,XPERNAH NAK AMEK KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN..:p

ok. kalau aku cakap lebih-lebih kang ada pulak yang tak setuju then hentak-hentak meja segala. diingatkan, ini hanya pendapat dari pengamatan penulis. mungkin pendapat anda adalah bertentangan. which I dun know. semoga anda happy dengan pasangan anda. sudah pastinya pasangan anda adalah handsome di mata anda.hehe minta maaf lah kalau korang baca ada yang terase..sebab sebenarnya aku nak story pasal kawan aku sorang ni…(kisah benar)

TAPI BUKAN MENGUMPAT TAU..SEKADAR PANDANGAN AKU..
(sememangnya aku terharu L)
sebelum tu aku nak bagitau yang aku sgt2 respek dia..!!
 nama kawan aku ni aku guna nama samaran k
A sbg Anuar
 Dia ni memang baik sgt dengan aku,dan dia seorang hepy go lucky,suka usik aku gelak2 kacau2 aku
Suka ejek aku gemuklah,pipi pau la,suka cakap lepas jer..grr..!! haha.
Lantak ko lah Anuar.Tapi aku xpernah nak jatuh hati dengan dia ker,suka dia ker,nak marah nk jeles..xde..mmg xde..Sebab aku dan dia xde perasaan lebih dari seorang kawan.
Dan dia bukan besfren aku oke.Bagi aku besfren bia girl..!! Kalau keluar xpernah lah nak lebih2,dan setiap kali keluar dia mesti xbagi aku keluarkan duit.semua dia nak belanja dan dia xpernah skittt pon nak susahkan aku.Dia memang xsuka menyusahkan orang,even aku ada kereta pon dia sendiri yang amek aku betul2 depan umah.huhu~
Motif aku cerita pasal dia??
Haha
Sebab dia baik sangat dan HANDSOME lah sgt..kaum2 hawa kalau tengok dia memang cair punyalah
Dia xbgaya macam lelaki lain,memang aku salu ejek dia selekeh.wekkk
Tapi dia betul2 HANDSOME,tapi dia marah aku panggil dia jambu,haha abes dah ko memang jambu...
Ok2 lah meh aku cerita lagi..

satu hari aku keluar dengan dia..kat downtown,cheras~
Berjalan dan berjalan,memang boleh dikatakan sepanjang perjalanan kami ade mata2 yang memerhatikan dia..semua perempuan..yang menjeling aku pon ade kot..!! huhu..power tol kawan aku sorang ni haha.tapi dia ni jenis xlayan perempuan..hurm aku pelik…
Aku Tanya dia..

“Anuar,ko ni dah lah handsome.! aku tengok ramai jer budak2 perempuan usha2 ko,nak bkenalan dengan ko..sampai menangis dia sebab ko xlayan..semua ko xlayan,ko ni memang eksen..! ego tau x!
(huhu..aku ngan dia memang kasar sket)

Dia gelak besar..korang nak tau dia jawab ape??

Anuar : “handsome saja tak bawak ke syurga,iman dan amal tu lah tunjang utama..aku ni miskin nis,x banyak duit macam lelaki lain,adik2 aku ramai.aku sedar aku sape,untuk apa cari girlfriend.aku xnak susahkan sape2.aku xnk suka sape2.aku hanya sayang keluarga aku.aku xhebat dan bergaya mcm lelaki lain..aku tau ramai yang nak bkenalan dgn aku.tapi aku xboleh.

Tersentap hatiku~kat situ jugak airmata aku mengalir~
                                              Sebab aku tau kisah hidup dia..sambung balik..
Dia memang orang susah,sama baya aku,ayah dah meninggal,dia pandai SPM7A xsilap aku.dapat tawaran belajar,dia nak pergi.tapi dia xpergi,gmbira hati mak dia kot bila dia dapat tawaran belajar kat u.tapi dia tetap xnak pergi..
rumah dia kalau korang tgk
….:’(
Lepas SPM dia kerja catering,penat siang malam bekerja cari duit untuk adik2 n mak dia.skang dia bniaga kecil2lan,..siang malam dia kerja ..
Aku cakaplah “xpenat ke kerja siang malam?”
dia kata dgn aku

Anuar : “nis,aku kene cari jugak duit..aku nak belajar kat u nis dan aku nak beli motor…!
(panjang lebar dia senyum bila dia sebut nak beli motor..menambahkan ke handsome an ko jer hehe)
N now..korang tau dia kat mana??
Sekarang dia kat UNISEL..cos engineering..
Motor pulak?LAGENDA  haha..
Tapi yang paling aku respek dia,
malam dia tetap kerja,
Walaupun dia x dean list setiap sem tapi pointer dia..
Pehh..terbaik wok..
Dia nak belajar,dia nak beli motor,
SEMUA tu hasil duit dia sendiri…solat tak pernah tinggal..
Allah lapangkan rezeki dia..dapat lah adik dia masuk u sekali..
Sebab tu aku respek dia,dia sikit pon xgunakan ke handsome an dia untuk pikat perempuan ke apatah lagi amek kesempatan kat perempuan.perempuan pon dia xlayan.kenapa entah dgn aku dia oke.mungkin kami dah lama kenal.

DIA SEDIH MACAM MANA SEKALIPUN,DIA XKAN TUNJUKKAN KESEDIHAN DIA..DIA MEMANG LELAKI KUAT DAN TABAH DEMI ADIK2 DIA DAN MAK DIA..

Aku memang respek dengan dia,dia xpernah gunakan duit dia dgn benda yang sia2,dia xpernah buang masa dengan benda yang x berfaedah.facebook pon dia xde haha.sebab tu aku berani tulis aku tau Anuar xkan baca..wekk..aku harap ko bahagia Anuar dan dijodohkan dengan wanita yang solehah..aminnn~
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...! itu janji Allah
Handsome cuma satu bonus sahaja~
Tapi aku nak cakap yang ko betul2 handsome dan
Inilah sebenar2 lelaki handsome!

p/s: now. what say you?


2 comments: