Selamat malam,
Saat ini diri sedang menangis sendirian,menangis untuk diri sendiri,secara jujur aku kuat sangat berfikir,.sejak beberapa hari ni aku banyak bersendiri,mencari ketenangan untuk diri sendiri.
Aku yang mudah terjaga dan selalu juga mudah lena.setiap kali terlihat 5pagi yang ayah aku bangun,aku juga turut bangun.Aku meluangkan masa untuk kitab yang aku pegang selama berpuluh tahun..Sejak kecil aku membaca, namun pada waktu itu aku hanya membaca tulisan, bukan kerana kefahaman.
Semakin aku faham Al-Quran, aku mengerti, aku terasa diri aku sangat hina. Kerana, segala peristiwa manusia dan termasuk diri aku sendiri, telah di tulis dahulu dalam Al-Quran sejak beribu tahun yang lalu. Ternyata Allah itu Maha Kuasa.
Sangat hina di sini aku maksudkan betapa kerdilnya aku bila di dunia. aku bukan seorang yang baik,kata2 aku kasar,boleh jadi sangat pendiam,aku lurus dalam segala hal tapi aku mahu menjadi contoh pada orang lain, agar orang lain boleh mencontohi aku, dan akan ikut perkara kebaikkan yang aku lakukan. Tapi, setelah itu, apa yang seterusnya? Aku berjaya, orang lain pun hendak ikut berjaya, selepas itu, apa yang terjadi pada aku? Hidup selesa? Membantu orang lain pula? Kemudian, apa pula? Seperti sesuatu yang tidak puas. Benarlah, manusia takkan puas. Dan jika aku tak bendung, aku akan lebih mudah termakan pujukan syaitan. Nauzubillah.
'Hidup ini ada had, segala perkara oleh makhluk ada had, yang tiada had hanyalah Allah Yang Azali'
Kejayaan di dunia akan ada hadnya.Aku percaya dan yakin, akan ada balasan atau ganjaran dari Allah Yang Maha Adil. Kalau perkara buruk melampau batasnya, buruklah balasannya. Kalau baik melebihi hadnya, akan ada ganjaran dari-Nya.
Dan jika sampai masa nanti pun, akan ada had untuk diri aku, blog ini mungkin akan berkubur, facebook aku pun akan berkubur. Diri aku juga akan berkubur.
Saat aku dalam kesedihan,aku teringat pesanan dari seorang kawan aku yang sangat baik orangnya,walaupun besar kemungkinan dah tak berhubung selepas ini, mungkin dia ada alasan tersendiri untuk tidak berhubung dengan aku lagi.aku menerima dengan hati terbuka.tapi kau sentiasa dalam hati aku.ada satu pesanan dia yang aku catit dalam nota kecil aku.
khatamkan membaca Al-Quran sebelum tidur.
dapatkan syafaat nabi sebelum kamu tidur.
dapatkan keredhaan daripada umat manusia.
dan tunaikanlah haji sebelum kamu tidur.
Rasulullah menerangkan, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali seolah-olah kamu sudah khatam Al-Quran.
Rasulullah menerangkan, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali seolah-olah kamu sudah khatam Al-Quran.
kedua, selawatlah kepada nabi dan keluarganya bagi mendapatkan syafaat daripada baginda.ketiga,beristighfarlah supaya kamu mendapat keredhaan umat manusia.dan akhir sekali, ucapkanlah tasbih,tahmid,tahlil dan takbir seolah-olah kamu sedang mengerjakan haji..
aku juga tak kuat untuk menghadapi sesuatu perkara,tapi aku belajar untuk redha dalam segala perkara
,agar aku boleh jadi hebat untuk akhirat.
untuk kawan aku semoga berjaya,cemerlang dan bahagia.terima kasih pernah jadi kawan aku.akan aku simpan kenangan bersama kau.sesungguhnya manis untuk diingati.
aku?biarlah aku begini,dan aku selesa begini.semoga aku tabah dalam setiap perkara yang telah aku alami sejak akhir2 ini.
Tolong lapangkan hatiku
Agar masih bisa tersenyum saat duka menghampiriku...
Selamat malam,semoga aku tidur dengan lena.dan bangun pagi untuk meneruskan tanggungjawab harian aku.
im here! loveyah!
ReplyDelete