wah tinggal lagi berapa hari jer lagi nak raya kan.jap2 nak kire....hurm, dalam 5 hari mungkin. aku dah x busy dah sekarang.memang rilex jer.just pergi site tengok progress installation jer.ulang alik office ke site aku.berjalan jer aku.kesian dah kereta aku tu dah macam kereta company.sadis2.bercalar sana sini.dalam pon bercalar jugak.takpe2,tunggu jumaat ni aku nak polish habis2.yaww.hehe.tak sabar nak balik kampung.
tapi aku nak cerita pasal bulan ramadhan.walaupun macam2 jadi kat(pasal kerja) aku tapi aku rasa bahagia sangat bila bulan ramadhan.ceh ada blog memang perlu cerita haha.yela kebiasaannya rumah aku tu kalau bukan bulan puasa memang jarang masak.masing2 sibuk,tapi bulan puasa ni memang best,seronok tengok juadah yang mak aku masak.satu family berkumpul kat meja makan.kami selalu berbuka spesies mee jer hehe.tapi yang wajib mesti ada kurma,air kopi ayah aku n air sejuk tak kira lah air apa2 pon.tapi kalau aku ada duit lebih,beli la jugak kuih2 ker,ayam percik ker.ha time tu seronok sangat tengok karenah dua orang adik aku.haha
lepas berbuka,kami satu family pergi solat tarawih,memang aku tersentap dengar tazkirah sebelum terawih tu:)
Sahur pulak hari2 ayah mesti kejutkan.kadang2 ayah masak kadang2 mak masak.haha.aku?tunggu pukul 6 pagi la kot baru boleh sahur :p hehe gurau jer.
Sekarang ni kalau tengok dalam rumah aku,memang kecah sana sini,biasalah mak aku ada jer benda nak ubah sana sini.biasalah nak raya.tu lah semangat mak aku.bab2 decoration memang mak suka.mak bos kami tukang dengar arahan.
mak aku yang ku panggil mama.hahai.muke fotostat aku:) |
ayah aku yang ku panggil baba.heee |
abang aku |
adik perempuan aku |
ha ni adik aku yang paling bongsu dan malas nak baca buku.huh |
ha kalau bab2 runner dia no 1.cakap jer mak suruh beli apa.dia on jer.ulang alik banyak kali pon boleh.tapi kalau aku suruh.wajib mintak upah.perh.actually aku rapat dengan dia berbanding yang lain.dan kerja dia habiskan biskut2 raya yang mak aku beru beli.hampeh kau ni.umur2 macam dia ni(17thn) tak miss pergi tarawih,mana taknya situlah die jumpa member2 dia.situlah tempat dia main mercun.huh! apa daa.
So ramadhan tahun ni bermakna untuk aku berbanding tahun lepas dimana aku dilanda kesuraman kemurungan yang berpanjangan dimana keluarga amat risau dengan keadaan aku.tapi sekarang ni Alhamdulillah,aku cukup faham dengan apa yang diuji.benarlah kata2 ayah aku yang aku simpan sampai sekarang.sayang ayah.hope kebahagiaan kami berpanjangan sampai bila2.dan aku juga mendoakan kebahagiaan kalian semua tak kira lah dengan family,kawan2 dan juga orang2 tersayang.peace! :)
No comments:
Post a Comment