Saturday, August 27, 2011

Pra-Raya Company Dinner.

Assalamualaikum,tinggal lagi dua hari saja untuk kita menyambut Aidilfitri :) serius aku cakap selama umur aku 23 tahun aku sambut raya semuanya bermakna dan sangat seronok.kecuali tahun lepas.dan syukur pada DIA kerana bagi sedikit ujian kepada aku.alhamdulillah aku dapat terima nya sedikit:) dan tahun ini aku akan memaknakannya.dan tahun ini juga banyak perbelanjaan perlu aku keluarkan,maklumlah dah kerja hehe.baru jer aku tukar duit raya semalam,nak bagi kat anak2 sedara tersayang aku ae.orang besar mintak maap :p

Aku nak story sikit pasal minggu ni pulak.haha.akhirnya siap jugak installation kabinet rumah Semi-D Alam Damai:) happy sangat kot.owner sangat baik,peramah dan tak berkira.suami isteri merupakan seorang doktor HUKM.actually costumer aku ni dari bulan 3 dia dah survey dan tanya harga,tapi semalam baru siap pasang sebab rumah tu banyak renovation.so banyak delay.dan dia puas hati dan tersenyum tengok kitchen cabinet dia yang tersergam indah! hehe.nak tengok?




Amacam?cantik kan.kalau la aku ada duit banyak macam doktor ni memang aku hadiahkan untuk mamaku.ni lukisan 3D punya.kira progress sebelum pemasangan dan pemilihan material.just show kat owner dulu dan ni bukan aku buat haha.designer company yang draw.aku punya drawing tak secantik ni hehe.still learning process lagi.owner tengok lukisan 3D ni pun dan exited.nak tengok yang real punya??










Thanks you all :)

Overall owner memang puas hati dan dia sangat suka,sempat lagi abang2 installer ni bergambar tersenyum  menandakan  mereka juga puas hati dgn cara pemasangan mereka.haha dan yang paling tinggi tu merupakan top installer.abg Yusri :) semua dah kawen haaa haha.xtau aku nak gambarkan macam mana,tapi projek kali ni aku puas hati.thanks atas kerjasama mereka.

Dan pada hari itu juga company aku adakan majlis berbuka puasa aka dinner la macam tu untuk dua branch,HQ n branch Bangi.sini:)


memang aku sorang perempuan kat situ haha


Alhamdulillah semua kenyang dan boleh balik.bergambar dulu hehe
Sunyi sepi dah kawasan rumah aku ni.memang semua dah balik kampung.kepada yang balik kampung hari ni berhati2 memandu,baca doa dulu sebelum memulakan perjalanan,semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.daa...

p/s : nak selesaikan semua perkara hari ni sebelum hari gembira itu tibe :)

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang bahagia bersama family:)

Assalamualaikum..:)
wah tinggal lagi berapa hari jer lagi nak raya kan.jap2 nak kire....hurm, dalam 5 hari mungkin. aku dah x busy dah sekarang.memang rilex jer.just pergi site tengok progress installation jer.ulang alik office ke site aku.berjalan jer aku.kesian dah kereta aku tu dah macam kereta company.sadis2.bercalar sana sini.dalam pon bercalar jugak.takpe2,tunggu jumaat ni aku nak polish habis2.yaww.hehe.tak sabar nak balik kampung.

tapi aku nak cerita pasal bulan ramadhan.walaupun macam2 jadi kat(pasal kerja) aku tapi aku rasa bahagia sangat bila bulan ramadhan.ceh ada blog memang perlu cerita haha.yela kebiasaannya rumah aku tu kalau  bukan bulan puasa memang jarang masak.masing2 sibuk,tapi bulan puasa ni memang best,seronok tengok juadah yang mak aku masak.satu family berkumpul kat meja makan.kami selalu berbuka spesies mee jer hehe.tapi yang wajib mesti ada kurma,air kopi ayah aku n air sejuk tak kira lah air apa2 pon.tapi kalau aku ada duit lebih,beli la jugak kuih2 ker,ayam percik ker.ha time tu seronok sangat tengok karenah dua orang adik aku.haha

lepas berbuka,kami satu family pergi solat tarawih,memang aku tersentap dengar tazkirah sebelum terawih tu:)

Sahur pulak hari2 ayah mesti kejutkan.kadang2 ayah masak kadang2 mak masak.haha.aku?tunggu pukul 6 pagi la kot baru boleh sahur :p hehe gurau jer.

Sekarang ni kalau tengok dalam  rumah aku,memang kecah sana sini,biasalah mak aku ada jer benda nak ubah sana sini.biasalah nak raya.tu lah semangat mak aku.bab2 decoration memang mak suka.mak bos kami tukang dengar arahan.



  
mak aku yang ku panggil mama.hahai.muke fotostat aku:)
ayah aku yang ku panggil baba.heee
ayah aku ni walaupun sporting dia suka nasihat banyak lagi2 pasal solat,benda tu lah dia salu ingat kan kat anak2 dia yang degil2 lah jugak kan.tapi tetap baik.betul hehe.benda paling penting yang akan dia tanya solat dan solat.owh tak sanggup aku kehilangannya.sayang sangat2.dia tak boleh berjauhan dengan anak2 dia,dia mesti rindu.dan aku pon tak nak pergi jauh2 dari family aku.sangat suka kalau anak2 dia pergi tarawih sama2 dengan dia.tacingnyer hai.lepastu kalau dia nampak anak2 dia time moreh mesti die senyum.how sweet ayah aku neh=)


abang aku
 
Ha ni abang aku plak,tak rapat pon dengan dia dah pendiam orangnya tak banyak cakap,24 jam dalam bilik hahai~.tapi kalau time2 ramadhan ni dia tak boleh tak sahur.comfirm gastrik punyer.n bab2 pasang pelita dia semangat lagi2 malam 7 likur:)

adik perempuan aku
ha dia ni la paling2 kuat belajar dari dulu sampai sekarang,memang jenis tak tido malam study aje lah kejenyer.aku ni xserajin dia lah haha.paling kuat study dan paling kuat tido.perh sekali tido pukul 3 petang baru bangun.memang mak aku membebel.tp dia salu turun ke dapur tolong mak aku masak and ajar budak2 mengaji kat rumah aku tuh.aku ikut mood haha kadang2 tu aku asek balik lambat jer.memang bilik aku tu dah bersepah teruk dengan barang2 dia mana taknya tinggal dua minggu je lagi dia nak berlepas ke sarawak.sambung belajar:) ayah aku n adik aku ni selalu  jer lah bertekak bising kat rumah tu haha ayah aku saje nak kenakan dia.kami ni ape lagi bako2 jer la.:p

ha ni adik aku yang paling bongsu dan malas nak baca buku.huh

ha kalau bab2 runner dia no 1.cakap jer mak suruh beli apa.dia on jer.ulang alik banyak kali pon boleh.tapi kalau aku suruh.wajib mintak upah.perh.actually aku rapat dengan dia berbanding yang lain.dan kerja dia habiskan biskut2 raya yang mak aku beru beli.hampeh kau ni.umur2 macam dia ni(17thn) tak miss pergi tarawih,mana taknya situlah die jumpa member2 dia.situlah tempat dia main mercun.huh! apa daa.

So ramadhan tahun ni bermakna untuk aku berbanding tahun lepas dimana aku dilanda kesuraman kemurungan yang berpanjangan dimana keluarga amat risau dengan keadaan aku.tapi sekarang ni Alhamdulillah,aku cukup faham dengan apa yang diuji.benarlah kata2 ayah aku yang aku simpan sampai sekarang.sayang ayah.hope kebahagiaan kami berpanjangan sampai bila2.dan aku juga mendoakan kebahagiaan kalian semua tak kira lah dengan family,kawan2 dan juga orang2 tersayang.peace! :)

Monday, August 22, 2011

Manja dan ayah..

Assalamualaikum..

Semalam aku melepak kat  rumah sepupu aku kat Putrajaya atas arahan mak aku meminta aku hantar bubur lambuk kat rumah maklong n rumah sepupu.,pukul 12malam baru aku balik rumah.kemane lagi aku nak pergi kalau tak ke rumah sepupuku tu.hehe.alang2 berbuka puasa sekali.best sangat layan karenah iman,.pandai iman men acah2 dengan aku.dan memang aku suka bdk2 mcm ginih hehe.geram2.manjenyer die..

ni iman time kecikk laaa..hehe..yang belakang tu kakak angkat die kot`
Sebut pasal manje ni,aku ni jugak kene tempias manja xkire la mana2 pon termasuk jiran2.huh dari zaman uitm pon kawan2 aku sengaje ejek aku "baby" .mungkin diorang tengok cara aku.aku ni memang sensitif abes.huh.tapi sekarang dah boleh kawal haha.dan secara jujur memang aku rapat lah dengan ayah aku.sejak dari dulu lagipun.memang adik beradik aku pun tak nafikan yang aku lebih rapat dengan ayah.aku pon xtau la manja ni macam ne ek?gedik2 ker?aku tak gedik pon kannn...eh serius! xgedik.

tapi kang kalo aku cakap aku ni  sandar2 bahu kat ayah aku.baring atas riba ayah aku comfirm kene tag manja.padahal memang dari kecik macam tu sampai lah sekarang,ayah aku dok depan tv jer aku dah start nak baring2 atas riba  dah sebab aku malas nak amek bantal haha.sofa plak memang abg aku dah landing awal2.huhu kuku pon ayah aku potong kan.bilik pun ayah aku kemaskan.(sebab ayah tak suka bilik sepah, sepah sikit jer ayah dah start dah)memang ayah tak suke kecah2 ni.baru nak kemas ayah dah kemaskan huh.buah pon ayah tolong kupaskan.selagi tak kupas selagi tu lah kami tak makan.perhh semua benda aku nak cerita.tapi itulah kenyataannya.

sekarang aku rasa kalau orang nak panggil aku manja pon bialah.sebab dia ayah aku yang menjaga aku dari kecik termasuk mama hehe.bialah kan aku nak manja dengan ayah.actually memang aku rapat dengan ayah.apa sahaja cerita aku ayah dengar termasuk lelaki yang kawan dengan aku.

sampai ayah asik tanya "tengah2  malam abah selalu dengar handphone ko asik berbunyi jer,sapa yang call tu?"..errr...terpaksa pusing2 dan aku menjawab "alarm handphone tu bah" haha amek kau.kalau ada yang terase mintak maap ae.hehe

Dan atas permintaan ayah,kali ni raya pertama kami semua beraya kat kajang jer,ayah nak beraya kat rumah sendiri lagipun sibuk dengan persiapan adik aku nak ke Sarawak,sebab dpt tawaran belajar kat unimas.so semua akan ke sarawak lagi 2 minggu.aku jer tak pergi..keje! huh..dan raya ke2 baru aku kat muar raya dengan atok pulakk.

daaaa~


p/s : comfirm mak aku masak juadah raya yang banyak nanti~aku mangsanya~hehe~tak sabarnya~




Saturday, August 20, 2011

~!@#$%^&*()


Perhhh..!! benda bodoh aku pergi baca watper?grrr!!...bukan aku dah delete ke bende2 gile tu semua??pesal de dalam laptop aku neh??ah benci kalo mood jadi ginih.tak suke2!!
Tengok kan dah ingat balik bende2 lalu.geram la aku.kau la ni.buat bende tak pk dulu.aku jumpe kau macam nak…………..emosi2 benci ah.anis tengah takde mood langsung.lantak la.mintak maap la,bukan xleh nak jadi kawan ko ni.tengok muke kau pon dah xboleh.terngiang2 lah aku pe yang dah kau buat..perhh,memang aku simpan..urghhh benciiiiii………………………………………………………………….

Mana mak?

Tacingnyer..hurm
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Waj...ah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

p/s : Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thursday, August 18, 2011

Bertenang..bertenang..


Assalamualaikum,:)minggu yang cukup tenang untuk aku.minggu ni jer haha.minggu yang sudah2 nya,tak payah la cakap.meh aku cerita apa yang jadi minggu lepas.pasal kerja je pon.semuanya pasal kerja.hebat  tekanan kerja kat sini.memang aku tak pernah alami tekanan kuat macam ni.kerja2 dulu pon tak macam ni.huh.nampak jer aku gini tapi lembik jer aku ni.penakut abes.lagi2 bulan puasa.dugaan kuat betul.aku yang banyak sabar ni last2 meletup jugak.semua benda aku keluarkan.haha.aku tak cakap aku betul.tapi memang dah nervous gile minggu lepas.semuanya gara2 drawing yang nak kene hantar.esok pasang.tapi empat drawing tak siap lagi!.kejam gila masa.cepat masa berlalu.patutnya aku salahkan diri sendiri.bab2 kerja ni tacing n emosi aku kejap jer ok.tapi peribadi punya hal memang lama.makan masa.aku kan degil haha.peduli.sampai kawan aku cakap aku ni asek stress jer.sudah2 la tu.hee.abes nak wat macam mana.ni yang aku rasa.memang aku dah pk nak berhenti jer.serius rasa nak berhenti.lama2 tak tahan jugak kerja macam ni tambah2 lagi aku perempuan.tapi ni tak challenge la namanya.tak kan aku nak mengalah macam tu jer dengan kerja macam tu.memang blur tahap max dah aku kat sini.urghh!! susah nya nak handle semua benda.aduh takde sape boleh tolong aku kat sini melainkan diri sendiri.i’ll try.kenapa orang lain boleh aku tak boleh??kannnn…mesti aku boleh punya.aku boleh handle.mesti boleh.semua benda sekarang aku cuba buat seorang dan cuba untuk settlekan masalah aku sendiri.aku tak nak harap kan sape2 kat sini lagi.bukan sombong tapi lama2 aku rasa dah macam susahkan ramai orang.tapi syukur jugak ada yang memahami.tenang jer.ah tenang mende,orang tengok muke aku berkerut pon dah faham.okeh esok start tarawih balik.heee.sampai sini jer.daaa~

Saturday, August 6, 2011

Jadi Gadis..

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
suatu kerja berat dan membeban
menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

keterlaluan berani akan dibenci
keterlaluan lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas.

p/s : mengeluh?

Wednesday, August 3, 2011

Hurmm..

Salam,letih memang letih.tapi nama pun puasa kan.tapi serius!  Lemau sekarang ni.heh.
Hurm.aku sebenarnya terasa dengan someone yang aku kenal dari  awal tahun ni.memang aku suka kawan dengan dia.mula2 kenal memang semua benda exited kan?nak jumpa,nak mesej,nak itu dan ini.semua dengan dia.memang happy.aku suka.sebab dapat senyum yang tak dapat digambarkan.tapi sekarang?hurmm..suram dah,boring dah dia kot.ke aku ni memboringkan?boleh jadi.serius terasa.yer aku terasa habis.tapi aku senyap je la.xnak lebih2.xnak mengharap dah.mungkin dia anggap aku kawan.tapi….??sori aku xleh nk pendam.so luahkan kat sini jer.bila dah kawan dengan dia,aku jadi sayang sangat.rasa macam xnak kehilangan dia.walaupun dah jarang mesej sekarang ni.em..memang aku pk bukan2 pon tapi simpan untuk sendiri.geramnye.simpan sindiri?ha ah..ye lah aku dah ada pengalaman yang menyakitkan yang sangat pahit.so aku jadi kalis bila jadi macam ni.sayang awak.asal awak bahagia.nak p solat sat..daaaJ

p/s : tuhan tu tak bagi apa yang kita mintak tapi dia bagi apa yang kite perlu ajer.

Tuesday, August 2, 2011

Perasan...


Hai
Dah lama aku tak update blog,kadang2 rasa malas jer.penat.buzy pun ade.hikhik.
Dan hari ni merupakan hari kedua puasa.alhamdulillah seronok berpuasa dalam keadaan yang baik walaupun sedikit penat kan.hehe.tak mengape ok ajer.

Alhamdulillah,aku masih diberi peluang untuk berpuasa pada tahun ni.malam tadi lepas tarawikh,tekak mcm haus.xpasal2 opismate aku jd mangsa dan memaksanya keluar sat dengan aku.tak p mana2 pon.g minum2 jap dekat ngan umah aku.ngehee.memang dua gelas aku minum.erk teh ais n the o ais pekena sekali roti telur.memang berbaloi.amek kau sampai umah muntah2.perhh.

Haaa.memang aku membebel ajer dengan die,dia dah tergelak2 ajer.amek kau budak.sory k hehe.sebab aku macam tension dengan satu bende ni.bengang pon ade jugak tapi p.k2 balik kan bulan puasa.so aku xdelah mengutuk aku just cakap apa yang aku rasa xpuas hati dgn someone ni.

pesal ntah dia tu.aku xde wat hal dengan dia.die jer perasan tak pasal2.adeh.dah mmber aku sorang ni asek tergelak jer tengok aku membebel.ye la aku mmg geram kot haha.ngeng dah aku ni.=p
lega dah cakap dengan member aku ni.hope die simpan rahsia ae.hekhek.

ah,aku xde bnde nak tulis daa.boring dah dgn blog ni.daaa~