Tuesday, January 4, 2011

Curang???




Sebelum jari ini terus menaip (uh,skema!), saya (saya plak dah..hehe) nak ucap dulu,Selamat malam


oh,sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya memohon maaf kepada sesiapa yg trase sebab dah buat satu entry yang secara langsung dan tak langsung dah libatkan yang terase itu.bukan niat di hati nak cari gaduh or salah siapa cuma ekspresi diri saat ini(baru sedar..)..
sebagai manusia biasa, memanglah kadang2 kita sendiri tak sedar apa yang kita buat dan kita boleh buat orang terasa hati..sebab soal hati tu halus..skjp je terus sentap sampai jantung..kan?kan?

kita selalu ingat orang lain buat kita terasa, tapi pernah kita ingat x sama ada kita sebenarnya buat orangtu terasa jugak??

uhuk3..ayat tu memang tuju kat aku jgk..hehe
******************************

emm.. (otak blank)
:
nak cakap tulis pasal apa xtau..
.
.
:
hah, (sambil petik jari dan ada simbol mentol kat kepala) dah ingat balik..hoho..

oh, oh, semalam baru baca 2 blog jejaka yang bercerita perihal awek or ex-awek mereka yang curang dengan orang ke3, ke4 dan sebagainya. dari ayat2 mereka itu, boleh nampak lah tahap penerimaan mereka ditinggalkan kekasih yang curang. Kira cerita salah sorang tu,ada jugak lah ala2 dalam lagu cinta tiga segi tu..yang awek kembali kepada kekasih lama..haaa.ingat tak? 3 bulan xdapat nak lupa lagi tu..setia kott..huhuhu…(terase kot aku)


urgghh, tapi secara pandangan kasarnya (ayat penyelamat.haha), kalau orang dah tak mahu, cari saja lah yang lain..kan ramai lagi wanita/ lelaki kat dalam dunia nih..kenapa mahu jugak orang yang tak mahu?(dgr tu anis..)
kenapa perlu dikenang cinta yang palsu tu? (eceh) kenapa nak bazirkan air mata dan buang tenaga dok fikirkan soal cinta manusia yang sementara?

hmm..jawapan yang hanya mampu dijawab oleh mereka2 yang punya cukup pengalaman tentang tu..tmasuk aku..huhu

betul lah, fitrah manusia suka menyayangi dan disayangi..sebab dengan rasa sayang tu la kita bermasyarakat, kita ada mak, ada abah..kita boleh berkenalan dengan kawan2 dan boleh bina rumah tangga. tapi, kita sedar tak, mungkin cara kita mengendali cinta tu dah salah. dah xikut syarak. dah tergelincir dari landasan redha ALLAH.
sebab tu ALLAH datangkan 'musibah' yang 'kecil' itu supaya kita dapat nilai yang mana 1 cinta yang berharga. tak bermakna orang yang kita cintakan hari ni, kita akan sayangkan dia juga esoknya. kalau tak, tak ada la kes bercinta 6,7 tahun alih2 clash..xsempat nak sampai seru naik pelamin lagi.
dan kalau tak, tak ada lah kes2 cerai dalam dunia nih walaupun berkahwin atas tiket CINTA.

tapi,
bukan maksudnya kita perlu jauhi cinta. Bukan, bukan, bukan ye kawan2.
kita kena pegang cinta tu baik2..simpan CINTA dalam bekas yang cantik, hiaskan dengan ilmu, dengan redha..maniskan CINTA tu dengan redha ALLAH. jangan jadikan CINTA tu rosak dengan tempias2 cinta palsu dunia. supaya nanti bila kita jumpa jodoh yang terbaik, cinta tu diberikan dengan sempurna, tanpa ada cacat cela dan ditambah kemanisan CINTA dari ALLAH. Insya ALLAH kekal sampai syurga.. xmahu tu?
uii,, saya mau! hihi~

ok, cuba kita bayangkan hari ni kalau sorang gadis A berkapel dengan si B..esoknya, clash kapel pulak dengan C. lusa clash dengan C kapel pulak dengan D dan seterusnya sampai lah pakwe E. wah, setiap kali gadis A kapel tu, mesti berkepit ke sana sini..pergi tengok wayang, makan2, minum2, duduk2, sembang2, jalan2 pegang tangan, ehem2,. Setahun kemudian gadis A berkahwin dengan si Z. Bila keluar jalan2 masa honeymoon, si gadis A terserempak dengan si B,C, bla..bla..sampai E dan cakap,
"abang Z, abang Z, dulu kan dorang tu sume bekas pakwe syg, tau! hihi"
agak2 si abang Z ni nak rasa teruja ke? uh, xmungkin2..silap2 si Z nih cakap,
"cehh..playgirl rupenye ko..aku cerai ko talak 100!"

huhu..
nak ke CINTA yang lebih2 lepas dah agih sorang sikit dari pakwe A sampai Z?
uhh, saya xmau kongsi2..nak total complete..haha (kadang2 kita perlu tamak dalam beberapa perkara..ngee~)

mesti ada pulak yang cakap,
"aku bercinta sekali je.bukan main2.dia lah jodohku"

emm..betul jugak kan..it's up to u..asalkan syariat ALLAH dilebihkan dalam segala hal.
tapi, kita tau ke siapa jodoh kita? Walluhu'alam..buat solat istikharah dan mintak ALLAH berikan jawapan terbaik.. :)

ok lah, itu sekadar pendapat saya yang dh trase pglamannyer…mungkin ada yang sambil2 membaca nih dok tergeleng2 dan ada yang terangguk2.. tak kisah la apa pun pandangan korang, ini hanya pendapat dari sudut pandangan saya yang faqir ni~ :)


No comments:

Post a Comment