Monday, June 27, 2011

Percaya Padaku ;)

aku tak tahu apa yang ku rasakan.dalam hatiku saat pertama kali.lihat dirimu, melihatmu
.seluruh tubuhku terpaku dan membisu.detak jantungku berdebar tak menentu.sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu.percaya padaku ku kan menjagamu.hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku.percaya padaku ku kan menjagamu.hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh.izinkan aku tuk selalu menantimu.untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu.mencintaimu aku akan menunggu.hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku.ungkapkan itu rasa yang membelenggu.dalam hatiku ku cinta padamu
berikan cintamu juga sayangmu.percaya padaku ku kan menjagamu.hingga waktu menjemputku

p/s : tak boring layan lagu ni :) hari2 pon xpe.mendayu2 hehe

Thursday, June 23, 2011

Antara Ada Dan Tiada

Setiap ku melihatmu
Ku terasa di hati
Kau punya segalanya
Yang aku impikan

(*)
Dan anganku tak henti
Bersajak tentang bayangmu
Walau kutahu
Kau tak pernah anggapku ada

Reff:
Ku tak bisa menggapaimu
Takkan pernah bisa
Walau sudah letih
Aku tak mungkin lepas lagi
Kau hanya mimpi bagiku
Tak untuk jadi nyata
Dan sgala rasa buatmu
Harus padam dan berakhir

Kembali ke: (*), Reff

Kan selalu
Ku rasa hadirmu
Antara ada dan tiada

Kembali ke: Reff (2x)

Friday, June 17, 2011

Aku sayang suami orang..

Mintak maaf kalau entri ni agak keterlaluan dan tak sepatutnya aku post kan... Tapi inilah realiti dan natijahnya... Aku  sedang menyayangi dan merindui suami orang.... Aku tau pasti ada blogger yang akan hentam aku sebab aku ada hubungan dengan suami orang tapi, inilah yang aku patut akui... Aku tak dapat lari lagi dari menyayangi dia...Umur dia lebih tua dari aku... Tapi  itu bukan penghalang untuk kasih sayang mekar antara kami... Yup... Aku akui... Dia banyak bagi duit kat aku... Apa yang aku mintak mestila tolong... Maklumla... Lelaki  berkerjaya... Kadang-kadang aku malu gak keluar ngan dia... Sebab asyik keluar duit dia je... Yang aku? Usung troli market je keje...










Pasal isteri dia? Isteri dia tau kot aku keluar dengan suami dia... Tapi, dia tak endahkan... Tak taula kenapa... Kalau isteri dia tak kisah, aku lagi la tak kisah... Hahaha... Sampai sekarang aku masih berhubungan dengan suami orang... Aku rindu sangat walaupun selalu  jumpa dia... hari2 ingat dia sampai leh mengalirkan airmata.sebab aku manje sgt dengan dia.serius lah aku takut kehilangan dia.

Malam  ni aku nak jumpa dia... Aku nak keluar puas-puas dengan dia.... Aku nak cakap kat dia...





……………………….


Baba,kakngah sayang baba dan rindu baba hari2!!


Huhuhuh... Amacam? Korang dah terkena ke? Kalau korang terkena, buat tak tahu je tau... Buat-buat bersiul... atau komen camni... Lalalalala~~ Huhuhuhuhu....

p/s : Sayangilah ibu bapa kita sementara diorang masih ada... Ayah dan Ibu... Itulah Permulaan Kita....

Monday, June 13, 2011

Jangan jadi bodoh!

Persoalan berat kaum wanita sedari dulu hingga sekarang...akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… 
"Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada KEKASIH nya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?"

Jawapannya adalah Kerana :-

§  Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu
§  Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai
§  Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini
§  Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them.
§  Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik

Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :-

§  Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu.
§  Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal
§  Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka.
§  Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda.
§  Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on!
§  Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya!

Sedarlah, Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE!" kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan. - Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan, dia orang suka buat apa yang dibuat tu. Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah!

Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH! Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir...tetapi lelaki yang buat ni, like I said, "It's like a drug" - Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi!

Anda tanya pula, "Kalau tak suka, dan nak ada girlfriend lain mengapa tak putuskan saja hubungan dengan anda?

Dadah beb...faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la... that's why wanita kena faham sifat kegilaan ini.

§   TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah ;) 
Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day... ANDA TETAP DIKECEWAKAN!

Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat... JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu! 

Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE" ...that's NOT LOVE to believe in!


=)

Friday, June 3, 2011

Sungguh! Aku rindu dia.

Semalam aku berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang aku kenal cuma sudah lama tidak berjumpa. Perwatakannya menyenangkan. Wajahnya, kacak! Hehehe.cikgu! Dia berkongsi dengan aku sebuah puisi. Jujur, aku terkejut. Rupanya dia ada bakat dalam berpuisi juga. Di bawah ini, puisi dia. Enjoy..!!

Hitam.
Sempit.
Kotak gelap?
Nafas sesak.
Aku mencari kamu.
Kamu!
Di mana?
Di sini bukan?
Kamu janji, di sisi aku sentiasa.
Tapi sekarang, mana hilang kamu?

Kamu, jangan tinggal aku.
Jangan!!!
Bukankah sifatmu itu setia?
Aku sedar sini masih hitam. Pekat.
Masih sempit.
Haruskah kau tinggalkan tempat mu di sini?

Kamu!
Aku terlihat semula segala yang manis, pahit tika kamu di sini.
Yang sepahit hempedu, kau tetap di sini.
Kamu!
Dalam gelap, aku terpandang kamu.
Dalam gelap, aku terdengar suaramu.
Dalam gelap, sakit ku rasa.
Hati tertusuk. Pedih!

Ya Allah!
Aku mohon bawakan aku siang.
Bawakan aku cahaya.
Beri aku ruang,
agar dia bisa di sini semula.
Sungguh! Aku rindu dia.

p/s : puisi diatas bukan sifat aku.tapi sungguh! Aku rindu.ye la aku rindu kan seseorang,xkisahla kalau seseorang tak rindu aku.kenapa lah sifat rindu aku bukan calang2.maaflah kalau berlebihan dan cuba untuk tidak berlebihan walaupun hati mmberontak sebab perasaan yang lain..lain sangat.tak kan aku nak cakap.sebab tu "sungguh!" haha.cukuplah lah lepaskan keluhan dan luahan disini yang tiada siapa akan perasan dan baca.memang disini tempat aku lepaskan apa yang aku rasa tapi bukan semuanya.bukan.aku juga perlu menjaga hati semua orang.Anis disini akan sentiasa mengalah dan sabar.kalis sudah walaupun bakal ada setitik air mata.bukan kerana manusia tapi sifat dan sikap.bye!

Thursday, June 2, 2011

Jangan pernah berhenti


Kita pernah mencuba untuk menjadi yang terbaik… akan tetapi aku tak rasa yang terbaik tu datang daripada diri kita sendiri… semua manusia berfikir yang mereka dah bagi yang terbaik untuk hidup mereka.. akan tetapi berapa sejauh mana pencapaian tu..

At the end of the day, patah semangat… dan melepaskan apa yang sepatutnya adalah milik kita sendiri… semua tu sebab nak puaskan hati semua pihak.. macam yang diri kau tu tak perlu di puaskan.. 

aku penah dengar cerita pasal ketam… bukan macam mana ketam tu ajar anak dia berjalan.. tapi cerita pasal ketam kat dalam bakul… bila ada seko ketam yang cuba panjat keluar…
Ketam2 yang lain akan cuba tarik ketam yang cuba untuk keluar tu.. supaya mereka kekal bersama2.. dalam bakul 2… konsepnya sangat mudah.. bakul tu masalah.. dan ketam tu adalah diri kita semua… bila ada yang ingin cuba untuk berubah.. yang lain akan cuba untuk menjatuhkan supaya dia akan jadi sama mcm mereka.. kekal dalam masalah tu… dan akhirnya… kekal lah selamamnya kat dalam bakul tu… 

aku rasa  “don't be afraid to change, you might lose something good but you might  gain something even better”... 

 mungkin ayat ni boleh d gunakan kot.. aku bukan ahli sasterawan.. yang ada bnyak ayat extravaganza.. Yang mampu untuk bg semangat kat semua orang.. hahaha.. yang penting selagi kita cuba untuk puaskan hati semua pihak.. bermakna ko sebenarnya membuat cubaan untuk bunuh diri..