Rasa sakit kepala boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia ataupun waktu. Kadangkala, anda sendiri tak pasti apakah punca sebenarnya. Alih-alih jer kepala ni terasa pening. Nak kata lapar, tak jugak. Baru jer lepas menjamu selera tadi. :)
Menurut apa yang aku faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.
Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:
1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.
2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.
3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.
4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.
5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.
6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.
7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.
Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.=)