Friday, April 29, 2011

Selamat tinggal sementara..


Hari ni last bukan terakhir.banyak perubahan yang bakal berlaku tentang diri aku.apa?peribadi ker kerja?kedua2nya sekali.hurm sebab apa?memang bulan 5 bakal berubah kalau aku ikut cara dia,aku akan jadi yang lain.mampu ker aku?aku takut tapi dia akan marah kalau aku tak yakin dengan diri sendiri.aku lebih suka berdiam diri dari banyak bercakap.ya itu memang aku.sedari dulu.Cuma kecoh aku dikalangan terdekat.huhuk.hurm.cuak pon ada.aku tak serasi.tapi bagi kata2 dia,dia pasti gelakkan aku.tak ada yang tak boleh dalam life dia.huhu.macam mana aku mahu ikut kau.aku betul2 tak yakin.Anis ni boleh ke?alamak.tolonglah seratus  orang bagi aku tips,seribu orang bagi aku kata2 semangat.aku nak ubah sume yang besar jadi yang sekecil2nya.ataupun ghaib terus.dan relax2 jer.start esok ramai yang bakal tiada disini.bakal merubah diri aku.ade sedikit perubahan nanti.tunggu je saatnya nanti.peribadi?em.apa jadi ahad ni?hishh.tiada apa yang boleh menghalang dari keluarga berhubung.tak salah bagi aku.lagi?dia dah balik.4 bulan disana.xjauh.dekat jer.xde hal nak g sana.aku jer ni kenapa entah.ntah pape aku ni.haha.jgn nakal2.jge diri lek lok.tgk dia pon pndai jaga diri xpayah nk risaukan sangat haha.entah aku ni.dah la…nak balik tapi tunggu kete tak sampai2..cepat…cepattt…..

Wednesday, April 27, 2011

Permulaan.

Oh tiba-tiba rasa lain macam hari ni.seminggu bagaikan sehari.cepat masa berlalu.dan cepat jugalah Jumaat menjelang tiba.kenapa dengan Jumaat?em takde pape.Cuma sentiasa berbilang hari bagaikan hari ni dan esok seolah-olah tiada untuk aku.tak pe lah aku faham.macam aku tak balik sana.tapi bakal jadi hari lain.bukan lain.cormform lain.aku pasti tido awal.dan tiada lagi senyuman 3 pagi.gelak tawa 4 pagi.kecoh gila 5 pagi.haha.memang takde lepas ni.kene tunggu.tunggu tu bukan sekejap.KOT.tapi alangkan seminggu bagaikan sehari.tak pasti apa jadi.yang aku tahu.aku sentiasa senyum.bukan senyum orang gila.bohonglah senyum takde tawar.ade belalang kecil suke kacau.mood sentiasa berubah arah.apa aku tulis pon tak paham.lantaklah.haha.memang aku tak nafikan pon malah menidakkan sama sekali.yang pasti senyum makin dekat dengan aku.amek kau manja aku sampai ko pening aku tak tau.itulah akibat.haha.aku sinis?memang tak.sape paham apa aku tulis.sangat bagus.tak paham?sendiri2 
paham.hehe.yang pasti aku bilang hari kat jari.untuk apa?untuk siapa?......

Bye=)

Tuesday, April 26, 2011

Noktah.

Baru sahaja tadi berborak dengan sorang kawan aku melalui facebook.hurm.dengan sekali pandang dia dah faham apa yang masih bersarang dalam fikiran aku.dia hanya bagitau.

kalo ko msh tengok blkng n kenangkan ksian ­bnd ni x kan habis sampai bila2...”
Aku dah buat benda dengan betul,aku dah maafkan dia.aku tau manusia ni tak perfect dan aku dah pun nasihatkan dia.nak berubah atau tidak tu terpulang pada diri dia.dia langsung tak kesiankan diri dia itu dia sendiri kene ubah.aku dah penat nak balas2 lagi.tapi untuk kembali pada kau tak mungkin,apa2 terjadi lepas ni.bukan aku tak bagi peluang.banyak kali.
Tapi kenapa bila aku dah terus terang kat dia yang aku dah sayang orang lain dia seolah2 tak boleh terima.kau ingat aku barang suka2 dah buang suka2 nak kutip balik?dah tak terkira sms2 yang aku dapat.aku dah jadi kesian.
Stop mesej aku.nangis aku tu dah biasa.aku memang macam ni.tapi bukan nangis kehilangan kau.aku ada family yang aku sayang.
Dulu ya aku tak boleh terima.tapi sekarang aku mampu.
Bukan sebab sapa2.tapi aku muktamad.aku nak buang jauh2 kenangan dulu.cukuplah.apa2 jadi lepas ni.kalau sekali lagi aku bakal ditinggalkan pun.aku redha.tapi untuk terima kau balik memang tak.aku pon manusia yang tak sempurna tapi sekurang2nya aku masih ada harga diri yang masih tersemat dalam genggaman.

Muktamad.

Aku tak suke ditekan..

Aku tak suka ditekan.jangan kerana kesalahan yang kecil perlu dihebahkan kepada semua.kenapa mesti aku?sikit2 aku.yang aku tahu hanya mendiamkan diri.kenapa tak dia,mereka?kenapa aku.bukan ke aku layan semua orang baik jer.kau suka mencari kesalahan aku.kau seolah2 jeles dengan aku.bukan aku tak nak bergurau senda macam aku bergurau senda dengan dia.tapi kau tengoklah cara kau buat aku nak pergi kat kau pun teragak2.setiap mood kau yang tak baik pasti kau lepaskan kat aku.kau berani marah aku.kau tak berani marah dia.ya.aku pasti diam setiap kali kene marah.aku tak berani melawan.dan yang pasti aku tak kan tengking kau kerana kau banyak mengajar aku.segala ilmu yang kau bagi aku ucapkan terima kasih.mungkin satu kelegaan bagi aku bila kau berpindah.maaf,aku harus jujur apa yang perlu aku katakan.memang aku lega.sebab aku tak nak kau tengok aku akan melihat kebencian sentiasa.biarlah aku disini.biarlah aku tertekan ditekan dengan cara aku sendiri bukan dengan cara kau.aku sendiri pun tak faham kenapa.aku sentiasa bersangka baik.segala kemarahan kau,arahan kau aku cuba  turutkan dengan satu kepuasan.muka aku untuk dibuli ker?muka aku untuk dipijak ker?aku rasa dengan semua orang pasti aku berikan dengan satu senyuman yang ikhlas.yang pasti kau nampak cemburu dengan aku.hurm.maaf sekiranya dah banyak menyusahkan kau.terima kasih dengan tunjuk ajar kau.oke.harap lepas ini semuanya berjalan lancar.

p/s : aku tetap dengan senyuman aku walaupun pahit didalam..

Monday, April 25, 2011

Semakin hampir~

Semalam Ahad hari yang hepy bagi aku.walaupon emo+takde mood.memang tak de mood lah.cakap orang cari pasal tapi dia pon cari pasal.grr…tapi yang best nya sebab dapat tengok movie hehe.walaupun dia tido satu jam jer semalam.biakan..! .Ghost Must Be Crazy.gila2 lawak lah cerita ni.tak tahan dok gelak jer dalam wayang tu.serius lawak.haha.best2.tak tau nak ungkap macam mana tapi memang best.asek teringat2 cerita tu.kira lepas tengok movie tu mood dah ok hehe.abes tengok movie.ke cyberjaya pulak.pernah sekali jer ke cyberjaya.macam manje2 jer g sane sebab aku tak drive.orang tu yang drive haha.dia penat cakap asek nak tido.biakan!.bia aku jer yang banyak cakap sebab time tu baru lepas hujan.sejuk jer jalan.macam nak mandi jer tengok tasik tu.haha.ok sekejap jer.ke putrajaya pulak.singgah alamanda jap nak aiskrim chocotop mcd.haha ngade2 betul aku ni.lepas tu lepak perbadanan putrajaya pulak.lepak2 situ jer.aku leh takde mood balik.sebab takde mood la.memang terase kot.tacing sangat.hurm…tapi nak bagitau tetap hepy semalam.hehe.sampai uma malam pukul 9 lebih.balik2 mak aku perli..
“hai,cepat pulak anak dara aku ni balik”
Haha..mana taknya selalu 2 pagi baru balik uma.merayap jer kejenye..
Daa~

Saturday, April 23, 2011

Keletihan sebenarnya~

Hai.salam
Apa khabar?sihat?haha.aku cakap dengan siapa?
Eh aku tak cakap aku menaip jer hehe.apa yang aku nak cerita?aku tak tau.ish tak tau nak tulis apa.
Cuma aku nak cakap aku sangat2 down sejak dua minggu lepas.
Banyak sangat down nya.masalah peribadi masalah kerja.
Huhu..
Thanks kepada yang risau sangat kat aku
Mana taknya aku menangis gila2 punya nangis lah
Mengalir jer airmata aku jangan cakaplah.buat kerja ni tak kena buat kerja tu tak kena.
Lat opis aku nangis gila2 dengan senior aku.tuhan jer tau apa aku rasa.
Sebab masalah kerja.semua benda jadi serba tak kena.
Aku ada masalah aku susah nak cakap dengan orang termasuk mak ayah aku.huhu
Tak de sapa nak faham apa aku rasa dan aku pun tak nak beban kan orang2 yang aku sayang.
Aku jer risau kat orang yang aku sayang tapi dia tak Tanya aku apa2 pon.
Tapi bukan aku kisah pon.sebab aku tak nak menyusahkan orang dan cuba tak nak menyusahkan orang
Asalkan semua bahagia berbanding aku.gelak memang gelak.tapi belakang sape tau?
Terlalu banyak mesej masuk kat inbox aku.semuanya sebab tak nak lepaskan aku.hurm
Aku dah tak boleh terima.aku pon nak happy.sampai bila aku nak sedih pasal hal ni.
Penat lah.nak jaga hati orang.sangat penat.kau pergilah.jangan cari aku.
Aku dah cukup sedih dah dulu tak kan kau tak nampak.
Hurmmm…ni yang malas nak tulis blog ni…bye

Friday, April 15, 2011

Bertenang lebih baik dari tertekan

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Kamu takkan tahu apa yang perlu di lakukan.
Kesannya, kamu cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang kamu kesali seumur hidup.
Macamana nak bertenang? Kamu hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat kamu tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita tak puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita 'immune' dari stress.

Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.

Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Sunday, April 10, 2011

Nak panjat Broga lagi..!

Sungguh lama aku tak update blog.hehe.leh tahan lah busy.busy sikit malas jer lebih haha.malas nak update blog dah sekarang..nak tau apa yang aku buat minggu ni?

08-04-2011 Jumaat
Aku pergi panjat Broga Hill.hehe.malam khamis tu tiba2 jer plan dengan dia nak panjat Broga esok.punye exited jer lah aku ni.hehe.sampai tido sekejap jer.dalam 3:30 pagi aku mandi siap2.terus amek dia kat kolej amin.mengada2 jer aku ni sebab nak pergi punya pasal.dia pon ikutkan jer.mesti dia cakap aku mengada2.=p


Sampai tempat parking Bukit Broga,gelap gelita mana taknya .baru pukul 5 pagi.aku ingat hujan.dengar bunyi air menitik.dia cakap kalau hujan tak boleh naik(dalam hati rasa kecewa).memberontak aku ni hehe sebab nak naik jugak.kebetulan ada dua kereta masuk parking.kire parking tu estet owner dia apek cina.hehe.so kami pon follow group Chinese boy naik ke atas.
Fuh..!! stamina aku kurang .memang tercungap2 kot.rasa nak muntah.memang tak cukup nafas naik atas.sape yang semput2 tu tak payahlah naik.bahaya.tapi aku ada guide kat belakang,hehe.maseh wak.



cantik kan=)

nak pergi lagi.....


yang ni tak naik lagi..


indah sangat..

Dan sampai lah aku kat atas.tapi bukan atas sekali la.haha.baru bukit pertama.best!! sejuk sangat kot.haha.tak tau lah nak cakap macam mana.tapi aku hepy bila sampai atas.just duduk2 sambil tengok pemandangan.cantik tengok pemandangan dari atas bukit.huhu..first time pergi.selama hidup kat Kajang tak pernah2 pulak aku pergi.hehe.finally dapat jugak rasa.dan aku nak pergi lagi untuk naik bukit pertama dan bukit ketiga.pergi  gunung tok wan terus hehe.

Aku tak lama atas tu.pukul 7 pagi aku turun.pukul 9 masuk kerja kot haha.gila kan.aku pergi bukan time cuti.lepas hantar dia balik Ukm.dan aku pon pecut balik rumah mandi tukar baju terus pergi kerja dan ZZZzzzzzz haha.penat sangat2.tapi tak pe lah.puas jugak dapat pergi.=)

*awak nak pergi lagi tau.tak kire.!hehe…



09-04-2011 Sabtu
Hoho sabtu aku kerja.serius tak suka situasi hari sabtu tu.tekanan gila haha.aduyaii.semua senior nak jumpa aku face to face.aku bukannya femes kat office tu.hehe.adalah benda tak boleh lah nak bagitau tapi yang pasti aku kena transfer new branch office kat bangi start 1 MAY.hampeh tol.jauh tak jauh lah tapi tak suka.selagi boleh jimat aku nak jimat tapi nak tak nak kena transfer kat bangi jugak.hari ni memang ada agak rasa tension.tu yang malam nya aku kuar.dengan siapa?

huhu..sekali lagi aku amek dia kat kolej amin.saja nak bawak dia pergi jalan2 sampai pening sampai berbelit2 sampai pelik2.haha.ingat nak ajak pergi kl tapi malam minggu memang jem kot.kitorang pon jalan2 kat putrajaya jer.pusing satu putrajaya sampai minyak tersenyum2 haha.bialah sekali sekale.memang aku yang drive,dia tak nak drive.aku asek menguap jer.dah lama tak lepak kat Jambatan Wawasan,itupun dapat lepak sekejap! Jer.huhu.kecik hati! Biakan dia tau.=p 

lepastu main2 pusing satu putrajaya.banyak duduk dalam kereta jer.bia dia pening haha.tapi putrajaya cantik malam tu.hahai..kitorang berhenti sekejap kat perbadanan putrajaya.borak2 amek angin kat situ.itupon sekejap.dia tak suka! Kecik hati lagi=p Agaknya tempat yang takde orang langsung baru dia nak pergi.hishh..jalan dan jalan lagi.ke Alamanda pulak.time tu dah pukul 10 lebih.Alamanda memang dah nak tutup dah.saje jer jalan2 kat dalam tu.usha2 apa2 yang patut.hehe.tapi memang banyak duduk dalam kereta main pusing2.saje nak release tension.last2 kitorang pon balik,tapi sebelum tu singgah makan mcd kejap kat Kajang.memang kenyang btol.haih~thanks awak=) sebab lupa nak cakap terima kasih malam tu.Putrajaya cantik malam tu=)

p/s : berterabur aku tulis.macam dah malas nak tulis blog hehe..peace!

Monday, April 4, 2011

Hari minggu yang bahagia~~

Assalamualaikum.hehe.actually aku baru balik dari Johor semalam sebab kecewa tak dapat panjat Broga,bawak diri balik kampong hehe.dalam pukul 1 pagi baru aku sampai rumah.actually kat kampung takde buat apa2 pon just suka2 nak balik nak jenguk muksu ku.tapi bukan nak jumpa “puksu” haha rindu kot.bising satu rumah aku balik.kecoh! haha.atok je takde sepanjang hari ke kebun.cian atok abah penat.kebetulan muksu nak ke bandar jadi aku pon bawak muksu dan anak buahku ke Bandar jalan2.eee..ape aku ni macam malas nak taip jer.hehe.kalau dah berjalan2 mesti lapar ye tak.erm kitorang pon singgah secret recipe kat traders hotel,muar.muksu nak rasa chicken chop sangat dan best layan anak buah yang comel dan manja.=)

seronok layan mimin~
banyak karenah manja hehe
kalo boleh semua mimin nak tapi kat mulut asek cakap "nak pishbol2" haha
memang cukup2 kenyang
mimin makan ni jer..hehe
xjemu pon layan dia~
tau pon sayang ibu..xlama lagi dapat adik hehe

walaupon sekejap kat Johor,tapi puas.lepas makan singgah tempat lain pulak pergi beli barang.panas terik time tu.sampai umah memang mengantok sampai ke petang.memang gelak2 jer aku kat rumah tu,mana taknya ramai yang kecoh2 kat rumah atok .semua ada.suka layan anak buah aku,ikutkan semua budak kecik aku suka sebab geram sangat.tak tahan tengok budak2 kecik.sebab petah bercakap dengan bunyi yang pelat haha.hurmmm..


dan aku bertolak ke k.l malam,ikutkan atok tak bagi balik.hehe.dah la balik malam lepastu atok suruh makan aku tak nak.tapi aku bukan balik sorang,balik berdua.huhuk.kang kalau tinggal kan dia majok.haha.sampai ke bangi sebelum nak hantar dia tu kat UKM singgah makan jap kat BBB Tomyam.baru rasa nak lapar tiba2 lipas atas meja..!! tidakkkkk....memang gelabah semacam aku bila nampak lipas terus aku bangun nak lari..peh2.malu gileeee~~semua pandang.tak suka la apa yang jadi semalam.aku tak suka lipas! dia sangat nakal!

p/s: aku macam malas nak taip tapi muksu suruh update letak gambar mimin kat blog hehe